Feb 13, 2008

Salam Zikra..

Assalamualaikum...

Sedang saya asyik melepak.. tiba2 pula Allah bagi ilham nak create blog bertemakan tazkirah seperti ini.. demi melaksanakan saranan Allah di dalam Al-Quran, "Berilah peringatan (tazkirah) kerana sesungguhnya tazkirah itu memberi manfaaat kepada orang-orang Islam.."

Ingin saya coretkan tazkirah yg ringkas sahaja sebagai permulaan.. Teringat saya seungkap kata yg saya dengar ketika khutbah Jumaat di Masjid Sayyidah Zainab Mesir..

Di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah menyampaikan kebenaran kepada Fir'aun laknatullah, bukan secara kasar.. atau secara keras.. tetapi dengan kata2 yang lembut.. Tanpa melihat kepada kejahatan serta kerosakan yg telah dilakukan oleh Firaun.. Perintah ini dirakamkan di dalam surah Taha ayat 44, "Serulah dia (Firaun) dengan kata2 yg lembut, mudah-mudahan dia akan beringat atau rasa takut."

Seterusnya khatib tersebut menyambung lagi, "Jika beginilah rahmat Allah kepada individu yang pernah menyatakan ana rabbukumul a'laa (Akulah Tuhanmu yg maha tinggi), maka bagaimana pula rahmat-Nya kepada individu yg bertasbih memuji tuhannya dgn berkata Subhaana rabbial a'laa (Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi)..."

Kesimpulannya, perbanyakkanlah berzikir memuji kebesaran Allah.. Jika inilah kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah kepada Firaun, maka apatah lagi rahmat dan kasih sayang-Nya ke atas diri kita, hamba-hambaNya yang beriman dan memuji keagunganNya..

Sem0ga mendapat manfaat.. wassalam

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum...first off all, tahniah sb sudi berkongsi ilmu yang ada bersama2 kita semua. Along intan banyak tak tau, dah jadi tau lah sikit2. alhamdulillah. semoga epy teruskan usaha yang mulia ini ok? Good Luck