Sep 3, 2010

Resam Uthmani: Tulisan tangan atau komputer?

Tahukah anda al-Quran resam uthmani yang kita tatap saban hari ini sebenarnya tidak ditulis dengan komputer? Sebaliknya ditulis tangan oleh seorang penulis khat bernama Uthman Taha.

What a coincidence huh. Mula ditulis secara lengkap dahulu pada zaman Uthman r.a. dan hari ini, ditulis oleh penulis bernama Uthman juga =)

Beliau pertama kali menulis naskhah lengkap al-Quran pada tahun 1970 di tempat asal beliau, Syria, dan selama 30 tahun sehingga kini, beliau sudah pun menyiapkan 10 naskhah al-Quran pelbagai versi.

4 daripadanya ditulis untuk kerajaan Arab Saudi selama 18 tahun, menurut 4 bacaan; Hafs, Warsh, Qaluun dan Dauri, dan kerajaan Arab Saudi telahpun mengedarkan lebih 200 juta naskhah ke seluruh alam.


Beliau biasanya mengambil masa sehari untuk menulis satu mukasurat, dan kira-kira 3 tahun untuk melengkapkan satu mushaf + setahun lagi untuk disemak oleh lajnah antarabangsa yang terdiri daripada ramai ulamak dari pelbagai qiraat.

Kertas asal yang ditulis bersaiz 100cm x 70cm dan apabila dikumpulkan satu naskhah lengkap, ianya seberat 60kg!

Bayangkan betapa besarnya pahala beliau. Tidak berjalan sesaat melainkan ada pahala buat beliau, kerana mushaf hasil tulisan tangannya dibaca oleh orang Islam dari setiap pelusuk dunia!

Benarlah kata2 yang ditulis beliau, "Khat itu kekal sepanjang zaman selepas (matinya) penulisnya, walaupun setelah penulis khat itu ditanam di dalam bumi."

Di Malaysia, al-Quran juga ditulis oleh beberapa individu daripada Yayasan Restu dan telahpun dicetak dan diedarkan ke seluruh pelusuk negara dan beberapa buah negara lain. Dengar kata, sekarang ini mereka sedang dalam proses untuk menulis kali kedua Al-Quran Mushaf Malaysia. Sama2 kita doakan ;)

No comments: