May 24, 2009

Ba alif ba ya

Bila sebut sahaja babi, orang kita sudah mula rasa geli geleman.. Ada yang rasa hendak muntah.. Bila terasa hendak memaki, babilah binatang pertama yang terlintas di fikiran.. Bila anak-anak kecil menyebut babi, diajarnya untuk menyebut 'ba alif ba ya'..

Hina sangatkah babi?

Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada Taenia solium? Jika begitu lembu juga hina kerana menjadi tuan rumah Taenia saginata.. Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada T. spiralis? Jika begitu tikus juga perlu dihina sebegitu rupa kerana sama-sama menjadi tuan rumah parasit tersebut.. Adakah babi hina kerana dikenalpasti sebagai punca merebaknya selsema babi? Jika begitu, ayam dan burung juga perlu diharamkan kerana pernah dahulu menyebabkan penyakit selsema burung.. Adakah kerana semata-mata rupanya yang hodoh? Babi tidak pernah minta lahir ke dunia sebegitu rupa.. Allah yang menjadikannya hodoh sebegitu..

Ya benar babi merupakan salah satu daripada benda yang diharamkan oleh Allah untuk dimakan di dalam al-Quran.. Namun Allah tidak pernah sekali-kali menghina ataupun melaknat spesis babi itu sendiri..

Menyentuh babi pun tidak berdosa, hanya najis.. Bahkan tidak ada satu nas pun yang menyebutkan bahawa mereka yang menyentuh babi perlu membasuh tangan mereka dengan air tanah dan sebagainya.. Hanya para ulamak yang mengkiaskan kes menyentuh babi dengan menyentuh anjing.. Namun bila seorang pelajar veterina Melayu beragama Islam menyentuh babi, umat Islam satu Malaysia melenting mengatakan perbuatan itu 'menghina Islam'..

Ustaz Salman Maskuri menulis di dalam blognya, "Setengah orang melayu tidak menyebut babi dan meyebut khinzir sedangkan tidak ada hukum menyatakan haram menyebut babi. Setengah orang melayu juga menyebut ba alif ba ya, sedangkan Nabi tidak pernah menyebut kha nun zai ya ra. Mereka tidak rasa bersalah ketika mengumpat tetapi rasa bersalah bila sebut babi."

********

Umat Islam bukanlah umat pertama yang diharamkan untuk memakan babi.. Bani Israil dahulupun ditegah untuk memakan babi dan menggunakan lemaknya... Nabi Muhammad sendiri tidak pernah membunuh seekor babi pun ketika tempoh hidup beliau.. Sedangkan Jesus diriwayatkan di dalam New Testament [Matthew 8:28-34] pernah melakukan pembunuhan babi secara besar-besaran. Maka orang-orang Kristian sepatutnya berasa lebih geli terhadap babi daripada orang Islam sendiri.

Saya pernah terbaca orang-orang kita menulis tentang babi dengan menggambarkan seolah-olah babi ini sangat hina sehingga Allah 'menghukum' mereka dengan menyebarkan selsema babi melalui perantaraan mereka.. "Kill kill die die ba alif ba ya", seolah-olah Islam menggalakkan pembunuhan babi sesuka hati.

************

Babi juga makhluk Allah seperti kita, malah kromosom mereka merupakan kromosom yang paling mirip dengan kromosom manusia... Dalam sesetengah kes 'liver failure' atau kegagalan fungsi hati di hospital, hati babilah yang digunakan untuk menggantikan fungsi hati manusia sementara menanti hati manusia didermakan serta dipindahkan.

Babi tidak hina. Jangan hina babi. Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada babi kerana menyelamatkan nyawa saudara-saudara sespesis kita. Hindari sahaja dari memakannya.

Ke arah memartabatkan babi ke tahap yang sepatutnya!

11 comments:

HafizAdam said...

wah, artikel ini sangat best.
Kempen Sayangi Babi~
wakaka

cikgu_eya said...

babi ialah haiwan comel bagi bangsa tertentu... muahahaha..

opsss.. apis cepat jek komen... ^^

Jackster® said...

hehe btol2, sbenarnya mmg slame ni pn tersilap paham, ye la da adat kutuk babi, nak carut pn sebut babi, so mcm automatically da anggap babi ni hina, tq2 tgh try ubah persepsi =D

Maru said...

eh2.. artikel ni kutip ke tulis sdiri?? hebat la... xsgke babi ni ade kegunaannya.. su'u zzon sgt kat babi slame ni..

misa'e said...

owh Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia~

tp kan, memang otomatik kalo nak eja bab* kene tulis macam ni..bab*

Abdul Azim said...

babi time kecik comel..warna pink2..hehe..cuma xleh mkn n pegang je..stiap ciptaan dan larangan Allah dan mesti ade hikmahnya..

(teringat dulu2 lawat farm, ada anak2 babi yg comel2..sume org pgg except me. teacher tanye, u dont want to hug it? sebaik xpgg..tp mmg cute..hehe)

Hafzi said...

Bukan hendak menghina malah bukan juga untuk mencintainya...

mengenai budak melayu Islam peluk babi tu, ada dibincangkan dalam kelas ustaz fauwaz..

adat setempat juga boleh menjadi hujah dalam mengeluarkan hukum.

Apa yang dilihat jijik oleh masyarakat haruslah dihindarkan.

Teringat satu kisah ...

Seorang pemuda nk blaja tasawwuf.. nk dekatkan diri pada Allah, maka berjumpe la ngan sorang sufi ni.

"bawa padaku benda paling hina dalam dunia ni".

maka pemuda tu pun carila....mule2 nk bawak fakir miskin, tp x jadi bile nmpk anjing...tgh heret anjing baru la prasan.. teruknya dirinya...

dia jumpe sufi tu dan jawab
"aku la orang yang paling hina dalam dunia ni"

tgk babi hina, takut2 diri kita lg hina daripada babi.. huhuhu

sori terpanjang abang effy

~hafzi~

Hafiz said...

best r article ni... hehehe... anak babi kalo kecik, warna pink n bersih, comel pe.. hahaha... so pas ni kuarkan article pasal anjing plak, kempen sayang anjing plak... anjing pon comel gak tau, nasib baik xleh pegang... hahaha...

Jamal Azhar said...

salam effy dan hafzy...nukilan dan komen yang sangat baik dan berpengajaran.
saya mohon buat pautan ke artikel ini. tk.
semoga kita semua dirahmati allah..

Ibnurashidi said...

Salam,

Qias Ulama' merupakan hujjah dalam menginstibatkan hukum. Maka jumhur fuqaha' menerimanya.

Antara babi dan himar, himar lagi hina bagi penduduk arab. :)

mujahideen_89 said...

"Ke arah memartabatkan babi ke tahap yang sepatutnya!"

hahaha..lawak2...

tapi best gak kan..subhanallah..lebih menjernihkan pemikiran kita...

tapi pasal veterinar tu, mungkin org melenting ada asasnya. memang pegang babi tak haram... tp tindakannya sedikit sebanyak timbulkan fitnah....wallahu a'lam