May 17, 2010

Cina VS Melayu



Di kawasan kediaman kami, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, ada 2 orang makcik Melayu yang sudah dikenal pasti membuat rondaan berkala, mengemis dari rumah ke rumah.. Namun ada juga 2 orang Cina; seorang makcik (gambar) dan seorang pakcik yang mentally retarded, kerjanya mengutip kotak2 dan botol2 utk dijual di tmpt2 recycle utk menyara kehidupan sehariannya (T_T)

Tak hairanlah mengapa org Cina boleh maju.. pengemisnya pun pandai cari duit, bukan minta duit!

Benar Islam amat menggalakkan umatnya memberi sedekah dan mengeluarkan zakat, sebagai salah satu cara untuk membasmi kemiskinan di negara-negara Islam.. Tetapi malangnya galakan ini telah dieksploitasi segelintir daripada mereka untuk hidup senang tanpa perlu bekerja~

Tidak dinafikan, kadangkala perlu untuk kita meletakkan diri dalam situasi mereka. Ada yang tua, sakit, cacat dan tiada keluarga. Namun mentaliti harus diubah, minda perlu dibaharukan, paradigma mesti dianjak. Meminta-minta TIDAK boleh dijadikan pilihan PERTAMA sebagai jalan penyelesaian!

Sayu hati melihat makcik Cina yang tiada kudrat mengheret sampah sarap demi mencari sesuap nasi, sedangkan orang kita sendiri menebalkan muka tanpa segan silu menjadikan pekerjaan meminta-minta sebagai profession tetap..

"Sesetengah oramg anggap kerja tu macam hina, tapi sebenarnya ia lebih bermaruah daripada orang yang tak mahu kerja dan suka meminta-minta." -my mother

2 comments:

Ahmad Naeem said...

great write! and its true, exact echoes of my thoughts

joegrimjow said...

baru pasan ada gambar yg naik basikal tu
;)