May 12, 2010

Kisah Jojo

Kami ada kucing. Namanya Jojo. Nama asalnya Tengkujuh. Tapi orang silap paham, orang ingat Tengku Joe. So orang panggil Joe, saya panggil Tengku. Abah dan mama kutip Jojo, bersama childhood sweetheartnya, Joji.
***

Sejak kecik lagi sudah tampak perbezaan yang ketara antara Jojo dan Joji. Walaupun betina, Joji sangat lincah dan tangkas, sedangkan si Jojo amat retarded dan bodoh piang. Dah reti panjat tak tahu nak turun. Tapi konon2 nak tiru Joji.
***

Mereka sangat hepi bersama. Walaupun berpangkat adik beradik, mereka tidak segan silu melakukan incest (sumbang mahram). Kami salahkan Abah & Mama kerana tak beri pendidikan agama yang cukup.
***

Kadangkala, kami tidak tahu mana satu jantan mana satu betina. Kerana Jojo dilihat seringkali dirogol Joji.
***

Hasil daripada perbuatan sumbang mereka, lahirlah 7 ekor anak luar nikah yang comel2 belaka.
***

Sedari mula memang sudah tampak Abah sangat melebihkan Jojo. Walaupun Joji amat manja dan penyayang, Jojo juga menjadi pilihan hati. Akibatnya Joji dibuang (diberi) kepada makcik jual nasi lemak belakang rumah. Apalah nasib (T_T)
***

Mungkin kerana kelebihan Jojo yang pandai membodek membuatkan Abah sayang padanya. Pandai tunjuk baik. Tunjuk rajin.
***

Dan pandai menarik perhatian. Tidur tengah2 jalan.
***

Yang paling penting, pandai menggedik di depan Abah!
***

Walaupun seringkali pura-pura tidur setiap kali Abah kejut bangun Subuh sebab malas nak sembahyang berjemaah. Lambat katanya. Sembahyang sendiri2 lagi senang. Pun Abah tetap sayang.
***

Sampaikan frame gambar family pun boleh termasuk gambar budak sekor ni! Ada ke patut??
***


Sebab tu lah dah pandai naik kepala.. Boleh buat apa saja yang dia suka tanpa dimarahi.. Bila ditanya, "Jojo nak pergi sekolah?" "Tanak," jawabnya ringkas sambil menggeleng2kan kepala.. Abah diam sahaja tanda akur dengan keputusan Jojo..
****


Akibatnya, apabila pokok pisang di belakang rumah sudah mengeluarkan hasil, Jojo sebagai manager jadi tidak keruan.. Sape suruh ponteng kelas metamatik?
****


Tinggallah Jojo dan anaknya Milo.
***

Bakinya habis diberi orang, termasuk yang hitam legam yang tiada orang mahu. Itupun bukannya dengan rela hati diterima.
***


Dibuat syarat, kalau nak yang lawa macam ni, kena ambil sekali dengan yang hitam legam. Ditambah dengan muka Abah yang garang, sepupu kami terpaksa akur mengambil kedua-duanya sekali.
***


Ikutkan hati nak juga bagi yang ini. Tapi oleh kerana lawa dan one of a kind, kami simpan walaupun perangainya tak best mana pun.
***


Jojo ada Stockholm Syndrome. Tak kiralah berapa kali diseksa, dibuli dan dipermain2kan, dia tetap emotionally attached pada saya.
***


Walaupun kadangkala tampak riak diwajahnya tidak menyukainya, tetapi tahap kesabarannya tetap tinggi.
***


Bukannya sekali dibuli.
***


Malah berkali-kali!
***


Pernah sekali tu, Jojo cakar saya kerana saya cuba melemparnya ke dalam hujan lebat. Luka dalam! Sebagai balasan, saya kurung Jojo di balkoni bilik. Namun dia tetap pasrah dengan hukuman yang dijatuhkan kerana tahu dirinya yang bersalah.
***

Seteruk mana pun dibuli, Jojo tetap sayang pada saya. Ini buktinya, Jojo meniduri saya..
****


Perangai mereka pelik-pelik. Semasa saya dan adik perempuan ingin pulang ke Cairo setelah 2 bulan bercuti tahun lepas, Jojo buat perangai. Duduk diam seolah-olah merajuk kerana hendak ditinggalkan. Penat dicucuk dan ditolak, tetapi tiada respon.
***

Baru-baru ini, kerana tidak puas hati Milo sudah mengambil 'port' kebiasaannya, Jojo merajuk masuk dalam bakul.
***

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIF1DXT8g5qfQoTWxTLra2ticiHipt7bm4A64P9K0ernB8iKReLy8Payq1RJnboKTebL_f7Pj7UKIFf5-qUK1LYnK7fAmmfei_rV15DCWvptxIloPVps3OueJCoM0Fb8lUeGTdvFnFUT8/s1600/DSC_0106s.jpg
Padahal bukannya betul-betul di tempatnya pun!
*******


Port Jojo adalah di antara bantal kepala abah dan mama.
***

Sedangkan Milo hanya tidur di celah kaki sahaja.
***

Akibatnya seharian Jojo menarik muka masam dengan Abah kerana tidak marahkan Milo. Menunjuk protes la kononnya. Penat abah pujuk.
(Klik gambar untuk melihat kemasaman muka Joe)
***

Milo juga pandai merajuk. Baru2 ni terperosok di sebalik pasu kerana pilihan hatinya tidak mendapat restu Abah.
***


Milo juga ada perangai peliknya. Tidurnya terkangkang seperti orang. Tapi kami jumpa kawan kembarnya di Gold Coast Australia yang juga tidur terkangkang sepertinya.
***


Milo cukup tidak suka jika saya main Facebook. Propaganda Yahudi katanya.
***

Walaupun nampak macam cun, tapi sebenarnya masa kecik2 muka dia jongos sahaja.. Comot serta tidak menyelerakan langsung!
***


Cuma baru2 ni aje sudah pandai bergaya.. Dah ada gelpren la katakan..
***


Walaupun sebenarnya pengecut, Jojo suka tunjuk hero depan kami. Kalau ada kucing lain yang menceroboh, beginilah rupanya. Tapi kalau kami ada aje. Kalau kami takde, dia tak berani.
***


Kesian kucing yang sekadar nak menumpang duduk melepaskan lelah. Cuak dibuatnya.
***


Habis dihalau Jojo.
***

Walaupun retarded, tapi ada juga gunanya budak ni. Baru2 ini, Jojo menjadi hero apabila men'discover' ular sawa di tanah kosong sebelah rumah. Keesokan harinya, Abah terus sain surat lawyer meninggalkan 1/3 wasiat harta kepada Jojo. Sejak itulah saya berazam untuk berbuat baik kepada Jojo. Untung2 dapat mengecek harta tersebut.
(Mengecek (slang Johor) = mintak sedikit)
***

Inilah kisah Jojo. Kalau mati budak seorang ni, tak tahulah betapa sedihnya Abah. Tiada pengganti yang boleh mengubat lara.
***


Atau mungkin kami boleh cari pets baru seperti ini? (^_~)
***

Eh, asyik bercerita pasal Jojo & Milo, lupa nak bagitau yg kami ada rabbit juga..

Namanya Kitty (ironik kan?) Umurnya sudah 5 tahun sekarang. Lagi tua dari Jojo & Milo.. Cute tak?

(^_~)

***

.: Baca kisah Cinta Tiga Segi Jojo di SINI:.
.: Baca kisah Jojo Hero di SINI:.
.: Baca tentang pertandingan kucing inter-sepupu di SINI :.

14 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

comelnye jalan cerite!! ahahaha. best3!

Blangkas Klik said...

Gaya penceritaan nampak sgt ada konspirasi nk jatuhkan Joe. Ada unsur2 cemburu & xpuas hati...

Eng Einy said...

Ya Rabbi..tak tahu nak cakap ape la...


jahat sungguh la die ni dgn kucing ;p

syafiqaffandi said...

kesian joji :(

Jackster® said...

sries retard gile part joji rogol jojo tu haha

Affan Ruslan said...

saya hanya mampu tersenyum

joegrimjow said...

LOL
like this!!

apsal semua gambar ni lawa?
nak curi boleh?

Haru said...

oh hidup lagi.
jalan cerita yang seperti walking down memory lane, ingatkan pengakhirannya Jo mati. haha

semoga bertambah pahala buat baik kat si macho itu.

Unknown said...

"Pernah sekali tu, Jojo cakar saya kerana saya cuba melemparnya ke dalam hujan lebat. Luka dalam! Sebagai balasan, saya kurung Jojo di balkoni bilik. Namun dia tetap pasrah dengan hukuman yang dijatuhkan kerana tahu dirinya yang bersalah."

hoi! obviously ko yg bersalah la. jahat la effy...

c's said...

=))

Stockholm syndrome~jus optimize this particular psychological disorder to manipulate jojo then~ more n more!

*evil*

Izyan Mashrom said...

hehe. kiut :)

iramunirah said...

Awwww...comelnyer mereka... :) Nice story btw.. :D

princess kacang said...

hahahaha.cool lah.ade talent bercerita.

Nadhirah Ahmad said...

milo come. suke kucing. yg come je la. he3