Jan 20, 2011

Scam Iblis

Apa yang kita tidak tahu, selain daripada menyesatkan manusia dengan cara menghasut mereka untuk melakukan kejahatan, Iblis juga sebenarnya boleh memperdayakan manusia dengan cara lain.

Tapi cara ini bukan cara biasa. Ini cara licik.

Bijaknya Iblis, sehinggakan orang yang ditipu tidak akan sedar yang dia sebenarnya buat salah. Malah boleh berbangga mendabik dada bahawa dia sedang melakukan amal soleh!

Antara kitab yang terbaik untuk dibaca yang mengumpulkan 'scam' Iblis seperti ini ialah kitab 'Talbis Iblis' karangan Ibnu Al-Jauzi.

Jika anda tidak berpeluang membaca kitab ini, tak mengapa. Saya boleh bagi contoh 'live'.

Isu terbaru. Isu bacaan al-Quran di speaker2 masjid.

Hari ini, semua benda kita nak baca kuat-kuat di speaker masjid dengan sangkaan itu benda baik, dan expect semua orang untuk hormat kerana ia sesuatu yang 'sacred', sedangkan kita tak sedar yang sebenarnya kita telah ditipu Iblis. Baca mengapa di SINI.

Tapi orang kata. Maksiat melambak-lambak lagi di luar tu, kenapa laa bacaan Quran jugak yang hangpa nak tegur??

Well, two wrongs don't make a right. Dah memang dua-dua salah, mengapa tidak dua-dua ditegur?

***

Satu lagi fenomena yang biasa di kalangan orang kita. Pasang bacaan al-Quran di radio atau komputer di dalam bilik, sambil baca buku, lepak2 atau sembang2 minum kopi.. Atau sebagai background di kedai2, pejabat, klinik dan hospital.

Dari luaran memanglah nampak 'Islamik'.. Dapat pahala dengar al-Quran, katanya..

Tetapi Mufti Mesir, Sheikh Ali Jumuah pernah menegur golongan2 begini supaya jangan dipasang alunan al-Quran jika tidak mahu mengamati dan mentadabbur isi kandungannya.

Adab-adab al-Quran perlu dijaga, dan antaranya ialah duduk mendengar tanda hormat berdasarkan perintah Allah dalam Surah Al-A'raaf ayat 204. Bukan dipasang sebagai 'lullaby' sebelum tidur hingga terlelap. Lagi2 jika ikut baca bersama. Memang terang2 dilarang oleh Nabi.

Dan tolonglah, saya tak nak dengar orang komen, "Alaah, at least lagi baik lah daripada orang2 yang pasang lagu2 lagha!"

(T_T)

No comments: