Sejak dari bangku sekolah lagi, kita diprogramkan oleh pelbagai pihak untuk merebut tempat pertama dalam segala aspek. Ramai yang melihatnya sebagai sumber motivasi dalam mencapai kecemerlangan.
Tetapi tak semua menyedari implikasi buruk di mana ada yang mengamalkan konsep 'selfish', sehinggakan sanggup menyembunyikan ilmu dan tak mahu berkongsi maklumat semata-mata untuk mendapatkan kedudukan tertinggi di dalam kelas, mahupun bac.
Sebab itulah Islam datang memperbetulkan salah faham kita tentang konsep kejayaan dalam hidup. Menjadi yang terbaik bukanlah tujuan utama di dunia mahupun akhirat. Sebaliknya, kejayaan sebenar diukur pada sejauh mana kita mampu membawa orang sekeliling kita ke arah keterbaikan.
Kita boleh temui banyak tempat di dalam al-Quran, di mana konsep 'be among the best' diaplikasikan. Maka lahirlah gaya bahasa al-Quran yang unik seperti 'jadikanlah aku daripada golongan orang-orang yang beriman', 'yang sabar', 'yang bertaubat', atau 'yang soleh'. Jarang sekali kita jumpa ayat al-Quran yang mempromosikan konsep 'I am number one'.
Paling hampir pun ialah surah al-Furqan ayat 74, "dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." Itu pun masih lagi sempat mendoakan supaya pimpinan bawahannya menjadi mereka yang takutkan Allah.
Sifat 'keakuan' di dalam al-Quran hanya dipamerkan oleh watak-watak antagonis seperti Firaun, "Akulah tuhanmu yang maha tinggi." (an-Nazi'at ayat 24), Qarun, "Sesungguhnya harta ini aku perolehi atas kepandaian diriku sendiri." (al-Qasas ayat 28), dan juga Iblis, "Aku lebih mulia daripada dia (Adam)." (al-A'raaf ayat 12).
Satu makhluk yang dahulunya dimuliakan Allah di kalangan para Malaikat, kini menjadi terhina dan dijanjikan neraka yang paling bawah selama-lamanya. Semuanya hanya kerana sikap keakuan atau egocentric yang memusnahkan. Jika kita pun turut sama mengikuti aliran pemikiran Iblis ini, bayangkanlah di mana tempat pengakhiran kita. Lebih hina daripada Iblis kah?
Konsep kejayaan berkelompok ini jelas dilihat pada struktur binaan ka'bah sendiri, di mana keempat-empat penjurunya selari menuju ke atas; sebagai simbolik kebersamaan dalam mencapai kecemerlangan, bukannya seperti piramid; yang secara tidak langsung mempromosikan konsep memijak orang bawahan untuk tujuan mencapai puncak.
Atas sebab ini juga, konsep tarbiah dalam Islam tidak terhad kepada level individu semata-mata. Sebaliknya perlu diluaskan kepada level masyarakat secara amnya. Prof. Wan Daud dalam menghuraikan konsep Ta'dib oleh Al-Attas sebagai sistem komprehensif sebenar pendidikan dalam Islam menyebut,
"...no Muslim who understands even a general worldview of the Quran would negate or neglect his societal duties, for he knows that even though God’s judgement in the Hereafter is strictly individual in nature, yet His judgement in history is societal."
Justeru, apabila berdoa kepada Allah, pintalah untuk jadi 'antara yang terbaik', bukannya sekadar menjadi 'yang terbaik'.
:)

*****

No comments:
Post a Comment