Ibrah al-Kahfi (1)


Surah al-Kahfi menggariskan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada di kalangan pemimpin umat Islam.

Salah satunya ialah identiti "ghurabak" yang ditunjukkan oleh Ashabul Kahfi; para pemuda yang berani & bersemangat kental melawan arus pemikiran yang rosak, tanpa terikut-ikut ideologi majoriti ketika itu, walau mereka tahu implikasi buruknya.

Pemimpin yang hebat juga bukan sahaja yang hanya tinggi ilmu agamanya, warak sifatnya, atau petah kata ucapannya, tetapi juga yang menguasai ilmu moden lain yang diperlukan mengikut kesesuaian zaman.

Dalam kes Zulqarnain, selain penguasaan teknik komunikasi dan pentadbiran, ditonjolkan juga kemahirannya dalam bidang kejuruteraan & senibina apabila beliau mampu membina tembok pemisah dari Yakjuj dan Makjuj daripada campuran besi dan tembaga, yang ketika itu sudah dikira sangat kukuh dan moden.

Justeru jika kepimpinan hari ini berhajat kepada penguasaan bahasa Inggeris, ilmu ekonomi, sains sosial, pengurusan, pentadbiran mahupun pertahanan, maka pemimpin kita perlulah mempersiapkan diri dengan elemen-elemen tersebut untuk memimpin dengan lebih efisyen.

Moga kita diberi peluang untuk berada di bawah pimpinan Islam yang hebat menurut acuan al-Quran suatu hari nanti. Insya Allah :)
edit post
Reactions: 
blog comments powered by Disqus
  • Hot Posts

    .: About me :.

    Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, 26, in my final year at the Faculty of Medicine, Al-Azhar University, Cairo. Will be graduating in early 2013 if everything goes as planned.. insyaAllah~ Ultimate goal is to be a great Muslim doctor who can contribute to Islam and society in every way possible..

    .: Education :.

    .: 1993 - 1998 :.
    Sek Keb Bandar UDA 2, Johor Bahru

    .: 1999-2003 :.
    Sek Men Agama Kerajaan Johor Kluang

    .: 2004-2005 :.
    Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu

    .: 2005 :.
    Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya

    .: 2005-Present :.
    Faculty of Medicine, Al-Azhar University

    .: Copyright :.

    Mana-mana artikel di dalam blog ini boleh disebarkan dalam apa jua bentuk tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada penulis untuk tujuan dakwah selagi mana ianya mengekalkan alamat www.effysaiful.blogspot.com untuk tujuan rujukan dan selagi mana ia tidak digunakan untuk tujuan komersial atau terbitan semula... Saya minta doa daripada sesiapa sahaja yang mendapat manfaat daripada blog ini sama ada sedikit ataupun banyak agar saya dan keluarga ditetapkan iman dan digolongkan dalam golongan orang soleh.. wassalam

    Labels

    .: Me :.

    .: Me :.

    Followers