Mar 6, 2012

Soal jodoh, hidayah dan keampunan



Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan. Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hakikat hidayah itu perlu dicari, bukannya jatuh ke riba.

Walaupun tiada dosa yang lebih besar daripada rahmat Allah, namun keampunan perlu dicari. Tidak perlu banyak, sedikit pun sudah mencukupi.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, disebutkan bahawa jika kita menghampiri Allah sejengkal, Allah akan mendekati kita sehasta. Jika kita menghampiri Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepada kita dengan berlari.

Kuncinya, ialah kemahuan untuk pulang ke pangkal jalan. Serahkan selebihnya kepada Allah!

No comments: