Feb 13, 2008

Coccyx Oh Coccyx..

Sepulangnya saya dari Hospital Pakar Puteri Johor Bahru beberapa hari lalu setelah berjumpa pakar orthopedik (sub-speciality: Spine) kerana terdapat sedikit keretakan pada bahagian lower sacrum dan coccyx, membuatkan saya tersedar akan beberapa perkara:
  • Bahawa nikmat kesihatan anugerah Allah tidak dapat ditukar ganti dengan harta benda milik manusia..

  • Kepentingan seluruh anggota di dalam tubuh badan manusia, dari sekecil2 bhgn, hinggalah sebesar2 benda.. Mana tidaknya, sedikit masalah pada tulang yang dianggap sebagai 'ekor manusia' sekecil itu sahaja sudah membuatkan saya tidak selesa melakukan apa sahaja perkara, walaupun hanya sekadar duduk!!

  • Keuntungan industri bidang perubatan..

Dalam dunia hari ini, di mana kesihatan merupakan aset paling berharga yang amat dititikberatkan oleh semua individu, tidak kira miskin atau kaya, bidang perubatan merupakan bidang yang sangat menguntungkan... Alangkan doktor klinik pun sudah dikira 'hidup mewah', apatah lagi doktor pakar yang bekerja di hospital swasta yang rata-ratanya berpendapatan ratusan ribu sebulan!!!

Cuba bayangkan, masalah pada tulang kecil seperti coccyx ini sahaja bernilai hampir RM200.. Itu baru saya seorang.. Ketika berada di klinik orthopedik tersebut sementara menunggu giliran khidmat nasihat doktor (consultation), saya dapat lihat, bukan sahaja golongan atasan sahaja yang lebih 'prefer' berjumpa doktor pakar.. Tetapi ramai daripada mereka boleh saya katakan dari golongan sederhana turut berkejar ke hospital pakar..

Hal ini sangat membimbangkan saya.. Bimbang kalau2 saya dan juga sahabat2 saya pada suatu hari nanti, menjadi doktor bukan kerana Allah swt lagi.. bukan kerana ingin berkhidmat menabur bakti kepada masyarakat lagi.. bukan kerana ingin berkongsi nikmat ilmu yang Allah kurniakan untuk kebaikan dan manfaat umat manusia lagi..

Tetapi kerana inginkan wang untuk maintain rumah banglo RM2juta.. 3 biji kereta Mercedes & BMW.. suit berjenama Dolce.. perfume CK & Polo. kasut Adidas, Nike, Camel Active.. Laptop Sony Vaio.. Makan di restoran mewah.. Tidur di hotel 5 star..

Bertambah susah, kalau sejak dari pelajar perubatan lagi sudah ketagih dengan kemewahan dan barangan berjenama.. Bagaimana mampu kita untuk menetapkan niat agar tidak menyimpang jauh dari kehendak Allah??

Sudah ada kepakaran.. Lebih mudah untuk mengaut keuntungan.. Tidak sampai 5 minit memberi consultation kepada pesakit, RM100 sudah dicas.. Tidak termasuk kos prosedur & round & operation.. Tanpa mengira latar belakang kewangan serta keluarga pesakit..

Beruntunglah para doktor yang mampu mengawal diri dari kehendak nafsu dan keinginan untuk mengeksploitasi kepakaran yang dimiliki semata-mata kerana inginkan kemewahan dunia.. Doktor muslim yang berkhidmat semata-mata kerana Allah dan menunaikan tanggung jawab kepada masyarakat..

Maka dalam mencapai matlamat ini, kita sebagai pelajar perubatan, perlulah selalu menanamkan dalam diri sofat Qana'ah; sifat rasa cukup dengan apa yang ada..

Seorang bakal doktor juga perlu melatih dirinya untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya tanpa mengharapkan balasan, bukan sikap mementingkan diri sendiri, kedekut pertolongan, serta inginkan balasan selepas menghulurkan pertolongan.. Aktiviti memberi pertolongan perlulah diselitkan dalam jadual harian selain daripada sibuk mengulangkaji pelajaran, kerana menghulurkan bantuan merupakan perkara yang sebati dalam jiwa seorang doktor.. Jika tidak disebatikan dalam jiwa, bagaimana ianya akan timbul selepas menjadi doktor nanti??

Belajar 24 jam tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling, menghindarkan diri daripada diminta pertolongan, ini semua yg akan melahirkan doktor yang mementingkan diri sendiri dan harta benda suatu hari nanti..

Bantulah kami Ya Rabb dalam menempuhi dugaan dan godaan dunia ini.. Amiinn..

8 comments:

ashrafis said...

rabbuna yashfik ya rabb...
peringatan itu utk semua, sejauh mana nikmat itu telah kita syukuri?...

ape pon,blk sini segera effy..kami semua merinduimu kepulanganmu..

mampukah kita benar2 menjd seorang doktor muslim? segalanya bermula dr skrg...doakan aku sekali.. =)

Effy Saiful said...

terima kasih akhi asyrafis.. doakan agar segera sembuh dan sihat selalu..

warouq said...

syafakallah..jage tulang tu lek lok..kitorg sume menyayanginye..hehe

effy,balik la..aku rindu kat ko doh..tak sian kat aku ke?

Anonymous said...

syafakallah ya akhi..

Effy Saiful said...

t kasih..

warouq, korg sume menyayangi aku ke, menyayangi tulang coccyx aku? hehe

Anonymous said...

salam, effy,
anda berada di tanah air? sampai bila ? wah.. kalau ada kesempatan sebelum pulang ke mesir, singgah sebentar di smakj ya.. "suntikan semangat" dari anda amat diperlukan oleh adik-adik.
jika anda sudi, masa dan tempat akan disediakan..
dan kami amat mengalu-alukan...

cikgu.

Effy Saiful said...

skrg dah ada kat mesir dah.. i allah masa cuti summer bulan 7 nnti.. kalo ada kesempatan, singgah la SMAKJ..

Anonymous said...

salam...
baru berkenalan dgn blog ni.
alhmdllah,sronok rasanya dapat jmpa laman mbicarakan ilmu mcm ni. mengaitkan stiap prkara dgn akhirat. smoga dirahmati....
sebenarnya tertarik dgn topik ni,,mmg ana fikirkannya 2 3 hari lepas.

'atikah