Salam Maal Hijrah 1429.. semoga Allah permudahkan kita untuk melalui tahun yang lebih sempurna dan lebih bermakna pada tahun ini..
Musim peperiksaan bagi universiti2 di Mesir kini sudah benar2 hampir.. Bagi yg sudah menggembeling seluruh tenaga untuk menghadapinya, kini tibalah masa untuk menyerahkan segalanya kepada Allah.. moga2 dipermudahkan urusan pada hari peperiksaan..
Bagi mereka yg masih banyak lagi belum dicover, masih belum terlambat untuk memulakan usaha.. Allah tidak memandang kepada hasil atau natijah.. tetapi Allah memandang kpd usaha n niat seseorang itu..
Di dalam surah Al-Hajj ayat 27, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyeru manusia untuk datang mengerjakan haji.. perkara yang dirasakan mustahil ini tetap juga dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim tanpa memandang kepada hasil yang memberansangkan, memandangkan ketika itu masih belum wujud sistem internet mahupun telefon untuk mewarwarkan perkara tersebut.. Sedangkan jika dikehendaki Allah, boleh sahaja dicampakkan keinginan manusia dari pelosok dunia untuk datang mengerjakan haji tanpa berhajat kepada usaha Nabi Ibrahim yang sedikit itu..
Namun, berkat usaha baginda, manusia datang berbondong2 dengan berjalan kaki dan menunggang tunggangan dari penjuru dunia untuk menunaikan haji..
Namun, berkat usaha baginda, manusia datang berbondong2 dengan berjalan kaki dan menunggang tunggangan dari penjuru dunia untuk menunaikan haji..
Di dalam surah Maryam ayat 25 pula, Allah memerintahkan Maryam yang ketika itu sedang sarat mengandungkan Isa a.s. untuk menggoyangkan batang pohon kurma, supaya gugur buahnya untuk dijadikan makanan kepada Maryam a.s. Sedangkan ketika itu, Allah mampu saja untuk menggugurkan buah tersebut tanpa memerlukan usaha Maryam..
Namun memandang kepada kepentingan USAHA, diperintahkan juga kepada Maryam untuk menggoyangkan pohon tersebut, maka dengan berkat usaha beliau, jatuhlah buah kurma yang masak ranum..
Jgn bimbang kepada hasil atau natijah dengan memandang kpd nilai usaha yang sedikit..
Terus usaha, usaha, dan usaha lagi!! (^_^)
No comments:
Post a Comment