"Min husnil islamil mar'i tarkuhu maa laa ya'niih".. begitulah hadith yang dibaca oleh khatib jumaat di masjid bustan, sayeda zainab mesir hari ini.. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ini bermaksud "Antara kebaikan Islam seseorang itu adalah meninggalkan perkara yang tidak ada kena mengena dengannya.."
Seolah2 Nabi ingin memberitahu umat baginda untuk menumpukan seluruh tumpuan mereka hanya kepada urusan mereka sendiri, seperti rezeki yang perlu dicarinya, ilmu yang perlu dituntutnya dan sebagainya, tanpa menyibukkan diri dan fikiran terhadap urusan saudaranya yang tidak ada kena mengena dengan dirinya..
Bak kata orang-orang tua, "Jangan sibuk duk nak jaga tepi kain oghang.."
Sesetengah individu sibuk mencari kesalahan dan kelemahan diri orang lain sehingga terlupa keadaan diri mereka sendiri yang masih banyak perlu diperbetulkan..
Namun ini tidak bererti aktiviti amar makruf nahi mungkar perlu ditinggalkan.. kerana perkara munkar sebenarnya masih belum terkeluar daripada urusan diri kita.. Kerana bala dan murka Allah tidak khusus kepada pelaku maksiat sahaja, malah kepada seluruh kaum muslimin yang enggan meringankan tangan dan mulut untuk mencegah dan menegur kemungkaran..
Umat Islam yang cemerlang haruslah menumpukan seluruh tenaga dan fikirannya untuk memajukan diri sendiri agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat bukan Islam hari ini..
No comments:
Post a Comment