Feb 13, 2008

Untuknya seorang mukmin...

Teringat saya ketika mendengar khutbah jumaat di masjid Bustaan, Munirah, Kaherah ketika khatib tersebut membacakan sebuah hadith, "Bertaqwalah kepada Allah walau di mana jua kamu berada, dan turutilah segala kejahatan yg kamu lakukan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghilangkan kejahatan tersebut.. dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yg mulia."

Terfikir saya tentang betapa beruntungnya seorang mukmin itu.. Si pelaku amal soleh akan diberi tawaran syurga.. Si pelaku maksiat pun diberi tawaran istimewa juga..

Tawaran Istimewa #1:

Si pelaku maksiat mampu utk menebus dosanya kembali dengan melakukan amal soleh, sepertimana yg disebutkan dlm surah Hud ayat 114, "Sesungguhnya kebaikan akan menghapuskan kejahatan."

Tawaran istimewa #2:

Si pelaku maksiat mampu men'convert' kesemua dosanya menjadi pahala dengan bertaubat dan melakukan amal soleh, sepertimana yang disebutkan di dalam surah Al-Furqan ayat 70, "Kecuali mereka yang bertaubat dan beramal soleh, maka mereka itulah yg Kami tukarkan kejahatan mereka kepada kebaikan..'

Untung bukan?? (",)

1 comment:

Unknown said...

Salam perkenalan. Ana pelajar fakulti pergigian Universiti Malaya. Ana kurang faham berkenaan dgn tawaran istimewa yang kedua. Adakah ini bermakna bahawa nilai dosa lampau yang dilakukan oleh si pendosa itu akan berubah menjadi pahala dengan nilai yg sama? Harap dapat memecahkan kebuntuan ini. Salam.