Feb 13, 2008

Untungnya beribadat di dalam Islam...

Untungnya beribadat dalam Islam.. Dalam agama Islam, ibadat yang diberi ganjaran pahala oleh Allah tidak tertumpu kepada solat, membaca Al-Quran, memberi sedekah dan sebagainya. Ia sebenarnya merangkumi makna yang lebih luas daripada itu.

Secara umumnya, ibadat boleh dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu Ibadat Umum dan Ibadat Khusus. Ibadat Khusus adalah ibadat yang diperintahkan oleh Allah di dalam Quran seperti solat, puasa, menunaikan haji, menunaikan zakat dan sebagainya. Manakala ibadat umum merangkumi segala perbuatan harian apabila diniatkan ikhlas kerana Allah.

Makan dan minum boleh menjadi ibadat jika ianya diniatkan kerana Allah. Begitu juga dengan tidur, bersukan, menuntut ilmu, melancong, dan sebagainya. Maka rugilah mereka yang melakukan aktiviti seharian tanpa meniatkannya kerana Allah, kerana ianya akan dikira sebagai kerja harian biasa tanpa mendapat apa-apa ganjaran pahala.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi ada mengarang sebuah kitab yang sangat menarik mengenai isu ini yang bertajuk 'Ibadah Dalam Islam'. Beliau menerangkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan ibadah dalam Islam dan membetulkan salah faham masyarakat mengenai konsep ibadah dalam Islam serta meluaskan lagi skop ibadah yang selama ini disempitkan oleh umat Islam sendiri.

Umat Islam yang cemerlang harus mengetahui bagaimana cara untuk menggunakan umurnya yang singkat secara optimum untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Inilah keuntungan beribadat di dalam Islam.

No comments: