Alhamdulillah.. kami baru selesai kelas riadus solihin ust hanafi hasin.. kali ke-3 setakat ini.. dan i allah akan ditamatkan pada minggu depan, memandangkan kelas rasmi anjuran BPI PERUBATAN juga bakal ditamatkan minggu depan..
Teringat saya pesanan Ust Hanafi mengenai kepentingan menghadiri serta mengajak sahabat lain untuk ke majlis ilmu seperti ini.. majlis yang disebut padanya nama Allah dan hadis2 Nabi s.a.w. yang bukan sekadar kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut baginda, tetapi cara hidup yang mesti diamalkan serta diserapkan ke dalam cara hidup kita sebagai seorang muslim..
Kalau nak mengharapkan masuk syurga dengan pahala sendiri, memang tidak mencukupi.. cuba sedaya upaya hidup dengan pahala orang lain.. caranya tidak lain dan tidak bukan, adalah dengan mengajak saudara kita melakukan kebaikan bersama-sama kita.. seperti mana disebutkan oleh baginda s.a.w: "Barangsiapa yang menunjukkan satu amalan baik, maka baginya ganjarannya dan ganjaran mereka yang mengikuti perbuatan baik tersebut tanpa dikurangkan pahala mereka sedikit pun..."
Datang ke majlis ilmu pula, perlulah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Ada yang datang ke kelas2 pengajian agama kerana ingin bertemu rakan2.. ada yang datang kerana hendak makan selepas kelas.. ada yang datang kerana jawatan yang disandang..
Apa pun niat anda, Allah akan memberi ganjaran berdasarkan apa yang diniatkan.. Jaga-jaga dengan niat.. jangan sampai kita tergolong dalam golongan mereka yang mensyirikkan Allah, walaupun dgn syirik khafi (syirik ringan/kecil)..
Berkenaan hal ini, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada memberi sedikit tips untuk mengetahui, adakah kita ikhlas dalam beramal atau tidak di dalam sebuah kitab beliau, An-Niat Wa Al-Ikhlas..
Antaranya, amalan kita tetap sama, sama ada ketika menjadi ketua, ataupun menjadi orang bawahan.. sebagai contoh, seorang yang ikhlas dalam menuntut ilmu itu akan tetap menghadiri kelas pengajian agama, sama ada ketika dirinya menjawat jawatan AJK Biro Pembangunan Insan, ataupun ketika dirinya sudah tidak lagi menjawat jawatan tersebut..
Jika kita hanya bersemangat datang ke majlis ilmu ketika kita memegang jawatan tersebut sahaja, dan menjadi malas serta merta setelah tamat jawatan, ertinya kita belum mencapai tahap ikhlas yang dikehendaki..
Semoga Allah bantu kita untuk beramal dan ikhlas dalam beramal.. (^_~)

1 comment:
Ya Allah jauhkan lah kami dari sifat malas dan menunjuk2... Ameen.... Smoga kita lg rajin ke majlis2 ilmu..
Post a Comment