Sep 16, 2008

Peristiwa Nuzul al-Quran - 17 atau 21 Ramadhan?


Para ulamak berselisih pendapat dalam menentukan bulan yang diturunkan padanya al-Quran. Ada yang mengatakan bulan Rabiul Awwal, ada yang mengatakan Rejab, tetapi kebanyakannya mengatakan bahawa ianya diturunkan pada bulan Ramadhan, berdasarkan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 di atas, dan juga surah al-Qadr ayat 1 yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam lailatul qadr."

Ibnu Ishak mentarjihkan bahawa hari diturunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah hari ke-17 Ramadhan, tetapi sebahagian ulamak seperti Safiyurrahman Al-Mubarakfuri; pengarang kitab sirah masyhur ar-Raheeq al-Makhtum dan terbaru, Wa Innaka La'alaa Khuluqin 'Azim, mentarjihkan bahawa ianya pada hari ke-21 Ramadhan, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, ketika nabi ditanya mengenai hari Isnin, baginda menjawab, "Padanya aku dilahirkan, dan padanya diturunkan keatasku (al-Quran)."

Maka, hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kerasulan tidak jatuh kecuali pada hari ke-7, 14, 21 dan 28. Dan berdasarkan riwayat sahih bahawa lailatul qadr tidak jatuh melainkan pada malam-malam ganjil di 10 malam terakhir, maka hari Nuzul Quran yang paling sesuai dengan kriteria yang digariskan jatuh pada hari ke-21 Ramadhan.

Wallahu A'lamu Bis Sowaab.. (Allah lebih mengetahui tentang perkara yang sebenarnya)

1 comment:

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum saudara.

Selamat berkenalan dalam dunia ilmu yang penuh berkat jika tahu menggunakanya dengan baik.Semoga kongsian ilmu melalui blog saudara akan dapat dimanfaatkan oleh semua manusia. Isian ilmu yang amat bermakna dan menimbulkan keinsafan bagi khalayak pembaca. Saya berasa beruntung menemui blog saudara dalam berkat ramadhan dan syawal yang bakal menjelang. SELAMAT HARI RAYA.


MENULIS GAYA SENDIRI
http://websitifatimah.sosblog.com