Oct 25, 2008

Sederhana atau Seimbang?


Di dalam post saya sebelum ini berkenaan 'Miskin dan Kaya dalam Islam', saya menekankan kepentingan umat Islam menjadi umat yg kaya, terutamanya dalam zaman moden hari ini..

Salah seorang pembaca blog saya memberi komen, "Jadi sederhana lebih selamat.. Jauh dari fitnah harta.."

Kebanyakan umat Islam pada hari ini menyangka bahawa 'Wasatiyah' memberi maksud 'Kesederhanaan'.. Kerana itulah mereka menterjemah ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 143 kepada:

"Dan demikianlah kami menjadikan kamu (Wahai umat Muhammad) umat yang sederhana supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia.."

Maka umat Islam hari ini pun menjadi satu umat yang sederhana sahaja.. Sederhana dalam bidang ilmu.. Sederhana dalam bidang harta.. Sederhana dalam bidang pembangunan.. Sederhana dalam bidang politik.. Sederhana dalam bidang teknologi.. Sederhana dalam bidang ekonomi.. Seterusnya dikalahkan oleh bangsa dan agama lain dalam bidang keduniaan.. Lalu lahirlah umat Islam yang mundur dan tertutup pemikirannya..

Perkataan 'Wasatiyah' sebenarnya perlu diterjemah kepada 'Seimbang', bukannya 'Sederhana'.. Maka ayat surah al-Baqarah ayat 143 sepatutnya perlu diterjemahkan kepada:

"Dan demikianlah kami menjadikan kamu (Wahai umat Muhammad) umat yang seimbang supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia.."

Begitu juga dengan sebuah hadis yang berbunyi:

'Khairul umuuri Ausatuha', perlu diterjemah kepada 'Sebaik-baik perkara adalah yang paling seimbang', bukannya 'sederhana'.

Seimbang, tidak memberi maksud 'sederhana', sebaliknya bermaksud umat Islam perlulah menguasai semua bidang semaksimum mungkin, tetapi perlulah menyeimbangkan antara dunia dan akhirat..

Maka dengan terjemahan ini, akan lahirlah umat Islam yang maju dalam bidang keduniaan, ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama maju dalam bidang keagamaan.. Barulah Islam akan lahir sebagai sebuah agama yang mantap umatnya dan cemerlang pemikirannya, seterusnya mampu menarik seluruh penduduk dunia untuk bernaung di bawah naungan Islam; bukannya sebaliknya..

3 comments:

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Kalau sederhana plak nak terjemah apa?

Dunia akhirat boleh seimbangkan ke? Dunia ni tempat cucuk tanam. Ad Dunya Mazra'atul Akhirah. Camna nak seimbangkan?

Dunia ini alam lain, akhirat tu alam lain.

pening pala den.. Betul ke aku cakap ni? huhu

Effy Saiful said...

sederhana masih diterjemah kepada wasatiyah juga.. cuma wasatiyah tidak semestinya diterjemah kepada sederhana.. banyak perkataan bahasa arab yang membawa lebih daripada satu makna..

maksud seimbang antara dunia dengan akhirat ialah, seimbang dari segi pembahagian masa dsb..

sebagai contoh, jika dia berbelanja di supermarket Giant / Carefour sebanyak RM500 sekali pergi, takkan lah derma di masjid RM5 sahaja? itu tidak seimbang maknanya..

jika dia setahun sekali ke negara2 eropah / amerika.. takkan umrah sekali pun tidak pernah pergi? itu tidak seimbang maknanya..

jika syarikatnya menaja rancangan televisyen berpuluh2 ribu ringgit, takkan beri pada madrasah rm1000 sahaja? itu tidak seimbang maknanya..

jika dia boleh menghabiskan sebuah novel dlm masa 2 hari, takkan lah al-Quran tidak boleh khatam 2 bulan sekali? itu tidak seimbang namanya..

apa2 pun yg kita lakukan, perlulah seimbang antara dunia dan akhirat.. harap menjawab persoalan (^_^)

Anonymous said...

Nice concept