Jan 19, 2009

Plat


Hari ini, genaplah 2 minggu motor ini dibeli.. Dan selama 2 minggu itulah juga motor ini berjalan di atas bumi Kaherah tanpa nombor plat~ Semuanya gara2 keb*dohan sistem JPJ Mesir yang hanya membenarkan pendaftaran kenderaan berdasarkan stok plat yang ada.. Dalam erti kata lain, kalau ada stok plat, baru boleh daftar.. Kalau xde, ko kena balik dan datang semula esok utk tanya, ada stok ke x..

Andaikata ditahan polis selama tempoh mendapatkan plat itu, ko still akan disaman (atau dipaksa memberi rasuah) atas kesalahan menunggang motorsikal tidak berdaftar.. How absurd is that???

Cara buat no. plat

Bagi sape2 yg nak beli atau baru beli motor, ini ada sedikit panduan utk anda..

1- Fotostat siap2 pasport (muka hadapan + Visa)
2- Pergi ke Murur Atabah, tingkat 2.. Beli borang kat syubbak khazinah, nama dia 'Istimarah Fahs'.. dalam LE15
3- Pergi ke kedai fotostat tingkat bawah, beli fail (malaf) dan borang Amr Saraf
4- Jumpe mekanik (pakai baji biru), kasi 'Istimarah Fahs' kat dia utk diambil no siri enjin.. Kemudian dia akan pass borang tu pada Muhandis (yg x tahu Honda CBR ada brape silinder..pastu aku dah btahu dia, ada 4, bole plak x pecaya..suh aku bukak enjin tu depan dia..gile ape!!)
5- Pergi ke kaunter insurans utk buat insurans (ta'miin) kat pondok banyak2 depan pintu masuk..
6- Naik balik tingkat 2 tadi, pegi ke syubbak taslim lauhah (this is where i stuck) utk tanya, ada lauhah (no plat) ke x de..kalau ada, bagi kat dia fail tadi tu.. nanti dia proses n buatkan kad rukhsah tasyiir (ala2 geran moto msia laa..)
7- Tunggu kejap, dah siap nnti dia akan panggil nama & serahkan plat (yg buruk walaupun baru) kat kita.. SIAP~


Cara barukan Rukhsah Tasyiir

1- Fotostat siap2 pasport (muka hadapan + Visa)
2- Naik tingkat 3 bawak rukhsah lama, ckp kat dia nak buat Mukhalafah.. Bayar dalam 5 genih..
3- Pergi buat Ta'miin (insurans) kat pintu masuk murur..
4- Turun balik tingkat 2.. Pergi direct ke syubbak no.11
5- Bagi rukhsah lama.. Nnti dia kasi resit suh bayar dlm LE 70 kat Khazinah
6- Datang balik syubbak 11.. Tunggu, then siap~

2 comments:

rem said...

argh!! penin2..serabut btol la nk daftar plat pon


cmne nk beli moto ni? hahahaha~~~

Anonymous said...

Bila nak bawak balik motor tu ke JB, bolehlah join mat rempet kat sana.