Jan 13, 2009

Segenih baru atau lama?

http://cache.virtualtourist.com/107780-Currency_Egyptian_Pound-Egypt.jpg

Teringat saya pesan seorang guru saya.. "Kalau nak sedekah, sediakan duit yang baru2.. jangan duit yang dah renyuk & usang tu yang dipilih.. Sedekah duit yang baru akan dapat dua pahala.. Pahala pertama pahala sedekah, pahala kedua pahala memasukkan kegembiraan ke dalam hati orang mukmin.."

Orang miskin yang memerlukan duit, walaupun mereka tak kisah sama ada duit tu baru atau tak, akan berasa lebih gembira jika dia diberikan duit baru yang masih 'berbau duit'.. Seolah2 dirinya dihargai..

Terus saya teringat firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 267, "Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (untuk disedekahkan), sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambil yang buruk itu (jika diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata (pandang sebelah mata)..."

Ramai dari kalangan kita pada hari ini, (khususnya yang berada di Mesir) selalunya memilih duit yang paling lusuh utk diberikan kepada orang2 miskin.. Jarang sekali kita kumpul duit segenih yang baru2 dan mengkhususkannya utk disedekahkan kepada orang miskin.. Sama ada kita sedar atau tidak, Allah sebenarnya melarang perbuatan ini..

Ya Allah, suburkanlah hati kami dengan kemurahan hati dan ketinggian budi, dan jauhkanlah kami dari perasaan sombong, takbur dan sifat bakhil.. Amiiin~

No comments: