May 16, 2009

Cacing boleh masuk kaki?

"Adik, jangan main kat luar kaki ayam.. Nanti cacing masuk.."

Inilah ayat tipikal para ibu setiap kali menegur anak-anak mereka yang bermain-main di atas tanah dengan berkaki ayam... Dari kecik sampailah sekarang, saya selalu terfikir, "Macam mana cacing boleh tembus masuk dalam kaki? Tak masuk akal langsung... Orang tua-tua ni selalu macam tu.. Buat-buat cerita supaya nak takutkan budak-budak.."

Rupa-rupanya, bila dah belajar Parasitologi, barulah sedar bahawa cakap-cakap mereka tu, ada pucuk pangkalnya.. Bukan sekadar omong-omong kosong atau mitos semata-mata..

Ancylostoma duodenale, sejenis parasit di bawah kategori Nematoda, memang mencari perumah mereka dengan cara menembusi kulit manusia, seterusnya akan sampai ke jantung sebelah kanan, peparu dan akhirnya akan membesar di dalam usus melalui pharynx dan disitulah mereka akan bertelur semula untuk menyambung zuriat mereka..

Antara mereka yang berisiko tinggi untuk dimasuki parasit ini, adalah mereka yang suka berkaki ayam di atas tanah yang lembap dan teduh..

Ground itch, Loefler's syndrome dan gangguan dalam sistem pencernaan adalah antara tanda-tanda seseorang itu dimasuki parasit ini.. Jadi, berhati-hatilah! Ingat pesan orang-orang tua.. (^_^)


Mari berta'aruf dengan adik kiut sorang ni:-

Giginya yang tajam membolehkannya menembusi kulit manusia.. Sekali pandang macam raksasa dalam Power Rangers pulak..hehe



Kitar hidup Ancylostoma duodenale

7 comments:

Eng Einy said...

wah apply medic ..bagus nya~~

tu la nanti balik mesia xnak ah ckp kat adek2 mcm ni..

"Adik, jangan main kat luar kaki ayam.. Nanti cacing masuk.."

tapi cakap mcm ni..


" adek, jgn main kat luar kaki ayam, nanti kene tembus dgn infective filariform larva of ancylostoma.." [ha, baru nampak medic]


btw, x sume cacing yg kite blaja ade kat mesia kan?cmne ek

noname said...

salam

wahhh takutt
gerun la cacing nie~
aiyak....
benci cacing...btol2 mcm raksasa..
pasnie jumpa cacing terus bunuh!!
hehehe~kejam sket...kih3..

Effy Saiful said...

Cik Misah: haha..tu la..bgs gak camtu..sng skt dia dah besar nak blaja parasite nnti =p tp rasanya Ancylostoma ni ada kat msia kan? dia tulis tropical n subtropical countries.. msia termasuk skali tak?

Cik EngiE aiN: hehe..jgn la mcm tu..tak semua cacing jahat =p

RON said...

it looks creepy though...
just a shame that its too small to feel creepy about..LOL

1jja 1912 said...

euuuuuuwwww...ingatkan makhluk apa gamba cacing tadi..leh wat maskot. hehe..neway, good artikel, syukran, satu lagi ilmu dapat hari ni. :)

Kyouya Ootori said...

ayaaaaark!!!!!!geli woo~~~~

Ibnurashidi said...

salam,

Artikel yang berinfo. Saya juga selalu dipesan begitu.

Agaknya cacing tu hidup dalam badan manusia sampai bila?

Tanah kat Mesir yang kering macammana pula? :)