May 28, 2009

Cangkul dan kucing

Post ini terilham selepas membaca post Saifulislam.com

Sedang saya berehat-rehat selepas solat Subuh ketika cuti musim panas yang lepas, tiba-tiba terdengar bunyi loceng rumah ditekan. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni. Ayah saya bergegas ke pintu pagar untuk melihat siapakah gerangannya yang datang ke rumah kami.

"Hajiii~ ada cangkul tak?"

"Ha, cangkul? Kenapa ya?" Terkejut ayah saya bila jiran seberang jalan datang pagi-pagi buta semata-mata untuk meminjam cangkul dari kami dengan juraian air mata. Nak kata ada ahli keluarganya yang meninggal, takkan la wanita berumur awal 40-an ni nak mencangkul kubur sendiri?

"Kucing saya matii.. Ada kereta langgar malam semalam.. Baru je pagi ni mati," katanya dengan nada sedih.

"Ooh, ingatkan apa tadi. Nanti saya ambilkan."

*********

Setelah selesai mencangkul lubang kecil untuk kucing tersebut di tanah kosong sebelah rumah kami, makcik tersebut dengan berhati-hati mengangkat mayat kucing yang disalut pakaiannya sendiri dengan juraian air mata dan meletakkannya ke dalam lubang yang saya gali itu. Saya melihat dengan sayu, seolah-olah dia sudah kehilangan anak kandungnya sendiri.

Petang itu, saya nampak makcik tersebut datang ke 'kubur' kucing tersebut dengan anak kecilnya.. Mungkin kerana belum hilang lagi rasa sedihnya kerana kehilangan kucing kesayangannya.. Ayah saya ketawa kecil..

"Kenapa abah?"

"Takde ape.. Makcik tu buat apa tu kat kubur kucing dia tu? Siram air mawar ke? Nasib baik tak baca surah Yasin sekali.. hehe"

Saya turut ketawa. "Alah abaah.. Entah-entah kalau Jojo mati, abah pun buat benda yang sama... atau lagi teruk!"

**********

Beberapa hari selepas itu, kami perasan yang makcik tersebut dah beli kucing yang baru.. Lebih comel dan cantik.. Dengan bulunya yang halus dan lembut.. Kami panggil dia montel..

Montel.. Memudahkan saya untuk hafal nama-nama pelik seperti Montelukast & Montenegro test.. hehe

Jojo yang lemak gila.. Dimanjakan sangat oleh abah sampai jadi macam ni..

5 comments:

Abdul Azim said...

huhu teringat pulak adek dulu nangis2 bila kucing kesygan dia mati..dia pnggil bubut..huhu..
yg kena tanam, abg dia jgk..xtau skrg ade lg ke x kucing baru kat umah..

Eng Einy said...

mula2 baca, rasa nk tergelak..

lama2 baca, rasa sdey plak..baru teringt sy pon penah buat mcm tu masa Kyle mati dulu

p/s:jaga2 dekat umah korg ada kubur tu~ aaa..takot2

eeka said...

Assalamualaikum
waaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh
i like those two catssssssssssssss
veryyyyyyyyy veryyyyyyyyyyyy cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee huhuhu
(@_@)
macam garfield... hahaha especially yang oren tu.... hahahahhaa

akudandia said...

salam..

erm comeynya kucing kamu..
geram ase nk pgang je..
da la montel..
huhuhu..
pinjam bole?

elm said...

kucingnya lucu

---
Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id