Jun 20, 2009

DMAK on fire... Literally~

"Perhatian kepada pelajar ARMA.. sila turun sekarang! Ada kebakaran di bangunan ARMA!"

Kenal sangat saya dengan suara sahabat sekelas saya, Harun.. Siapa pulak kali ni yang buat hal sampai terbakar bilik... Baru aje nak makan.. Saya pun dengan lenggang kangkung mencabut semua wayar laptop, mengambil external hard disk, mencapai iPhone dan sedikit cash lalu memasukkan semua sekali ke dalam beg sandang saya. Tapi macam ada sesuatu yang tertinggal. Oh ya, passport!

Sebaik sahaja saya melangkah keluar bilik, suasana sudah jadi kelam kabut. Semua penghuni sudah bergegas ke tangga, namun ada juga seorang dua yang 'kurang bijak' sedang menunggu lif (?) untuk sampai ke tingkat 6; aras saya di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) atau lebih mudah dikenali dengan nama Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

Tangga bangunan waktu itu sudah dipenuhi dengan asap yang tebal. Semua penghuni dalam keadaan kelam kabut masing-masing terpaksa berhati-hati menuruni tangga kerana tidak nampak satu apa pun.

Disebabkan cemas, ditambah pula dengan tenaga yang digunakan untuk menuruni tangga, kadar pernafasan saya bertambah untuk memenuhi kehendak oksigen yang diperlukan badan. Namun setiap kali saya menarik nafas, hanya asap yang memasuki sistem pernafasan saya, bukannya udara. Barulah saya tahu mengapa di dalam kebanyakan kes kebakaran, ramai yang maut bukan disebabkan terbakar, tetapi kerana tidak boleh bernafas..

************

Setibanya kami di tingkat 1/2 (kantin & cyber cafe), terdengar suara pemilik kantin DMAK memerli, "Haaa, tu laa.. masak lagi kat bilik.. kan dah terbakar.." Walaupun menjengkelkan, namun kami tetap meneruskan perjalanan sampai ke tingkat bawah. Sesampainya kami di ruang legar DMAK, ternampak asap hitam keluar beramai-ramai (?) dari tingkap sebuah bilik di tingkat 5.

"Eh, atas bilik tu bilik ko kan kembar?" saya bertanya kepada Zainy dan Zairy, atau lebih dikenali dengan gelaran kembar.

"Aah. Kitorang tengah duduk-duduk, tiba-tiba je nampak asap tebal kat luar tingkap. Ingatkan komputer aku yang terbakar." kata Zairy, si adik.

"Oi Nipah. Ko kat mana?" Zainy, si abang, bertanya melalui telefon bimbit.

"Aku kat bilik laa.. Kenapa?"

"Weh, ada bilik terbakar la kat tingkat 5. Ko tak dengar ke orang buat pengumuman tadi?"

"Ha? Aku tertido tadi.. Malam tadi aku tak tido.. Abis aku kena turun tak?" tanya Ranifah* dengan nada separuh menangis.. [*bukan nama sebenar.. Terpaksa diubah atas sebab-sebab tertentu..hehe]

"Tak payah. Bilik tingkat 5 yang terbakar. Ko tingkat 7. Ko tutup je pintu bilik & bukak tingkap. Lagipun tangga dah penuh asap. Tak boleh turun dah ni." balas Zainy.


***********

Pada mulanya, hanya asap hitam yang keluar..


Setelah lebih kurang 5 minit, api marak mula tampak.. Walaupun sedikit letupan seperti di dalam filem-filem akan menjadikan suasana lebih dramatik, namun hal demikian tidak pula berlaku..


Orang ramai berkumpul di ruang legar DMAK tertanya-tanya apakah punca kebakaran..


Orang ramai sibuk bertanya, mana pihak bomba Mesir ni.. Dah hampir 20 minit kebakaran berlaku. Namun tak ada langsung bayang-bayang kereta bomba. Baru je nak kutuk, tapi teringat pula kesesakan lalu lintas di bandaraya Kaherah yang mungkin menjadi penyebab kelewatan mereka.



Sesudah sampainya pasukan bomba dan penyelamat, kami berpeluang melihat bagaimana mereka mengendalikan satu-satu kes kebakaran itu. Masa yang diambil untuk memulakan proses pemadaman api itu lebih kurang sama dengan masa yang diambil untuk sampai ke sini dari balai bomba. Ya, 20 minit..

Geram juga, tapi mungkin kerana tidak banyak kes kebakaran di sini menyebabkan mereka agak kelam kabut.. Ditambah pula dengan lokasi bilik yang agak tinggi dan sukar untuk dipadamkan apinya dari bawah.. Namun kebakaran dapat juga dikawal dan akhirnya asap semakin surut dan lenyap sedikit demi sedikit.


Pihak bomba Mesir.. Kalau diberi peluang menilai, saya akan beri 3/10 markah.. Namun tahiah kepada mereka kerana berjaya memadamkan kebakaran tersebut..

***********

"Effy, kalau aku nak turun bahaya tak. Aku leh tahan nafas seminit. Lari cepat2." Begitu bunyi mesej Ranifah* kepada saya.

"Tak payah la! Api dah padam. Duduk je dalam bilik." jawab saya.

Ada yang berseloroh mengatakan bahawa api tersebut padam bukan disebabkan oleh pihak bomba, tetapi disebabkan tiada apa lagi yang hendak dibakar di dalam bilik tersebut.. hehe. Mungkin ada benarnya juga, memandangkan bilik yang lengkap dengan almari, katil, meja belajar, tinggal debu sahaja selepas kebakaran tersebut:-


Hanya tinggal debu...


Keadaan bilik selepas api berjaya dipadamkan...

Ramai yang cuba menyibuk-nyibuk naik ke tingkat 5 untuk melihat keadaan bilik yang terbakar itu, namun dihalang oleh pihak bomba dan pegawai Kedutaan yang bimbangkan keselamatan pelajar. Dalam perjalanan turun kembali ke tingkat bawah, saya terdengar Encik Puat mengomel, "Diorang (anggota bomba) sini lain macam sikit.. Selagi kita tak hulur duit dia tanak turun bawah.." (-_-)

11 comments:

falling-evenstar said...

Effy...

asap 'beramai-ramai' tu cam klaka je?

haha...

So, anyway, glad you're safe!
life goes on, eh?

Tapi, sabar je la dengan pakcik kantin tu! Ade ke~ haih~ macam2 prangai manusia...

Jackster® said...

alhamdulillah semua selamat, takziah utk ust suhaimi, moga dipermudah segala urusan insyaAllah

pinksterz said...

haha beramai ramai. asap berkepul kepul la.. :P

(aiseh macam nazi tatabahasa pulak XD)

hurm... said...

menarik la cite ni effy. kalau ko tulis dalam english mesti tak bape sedap hahaha.

anyway takziah utk ustaz suhaimi. semoga beliau tabah.

HaNiFah said...

rugilah x dpt merasa suasana cemas ARMA terbakar, hehe.. tertido la pulak.. sedar2 api dah padam.. A'la Kulli alhamdulillah x de apa2 berlaku..

HafizAdam said...

bace post nih ditambah ngn theme blog berapi memang menaikkan mood.
haha

c's said...

Nih macam dlm kuiz FB.. nk plh iphone ke, wallet ke, laptop ke.. tapi alhamdulillah xyh pilih kan? dpt capai sume~ *-*

dlu mse kes kebakaran kat attaba msk kat tv msia.. mmg bomba mesir dikatakan lmbt n kurg berkemahiran.. btl la kot, jrg2 ade kes..

pape pun, alhamdulillah semua selamat

Ezainy said...

haha..trlambat pulak nk komen.. kesian kat RaniFah kan..(^_^). nWay, aku suka entri nih. Derma kilat utz suhaimi sudah dimula. Sama2lah kita membntu beliau..

Hafiz Ab Gani said...

wlupon ak xkenal si Hanifah ni, but ko mmg lawak r bro.. hahaha... iPhone mmg perlu diselamatkan...

IF said...

Di Malaysia, bomba di kampung2 atau tempat yg terpencil yg jrg ada kebakaran mmg servis diorg kurang cekap. Ayah aku lg tau cara2 padamkan api drpd bomba pekan Parit.

panglimaislam said...
This comment has been removed by the author.