Jun 25, 2009

Kisah kopiah

"Oi Effy.. Pakai la kopiah tu.. Ko ni tak siqoh ahh.."

Saya sudah naik lali dengan ayat-ayat sebegini ketika pengajian saya selama setahun setengah di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu beberapa tahun yang lepas..

Bukan niat saya sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbir DQ tersebut, tetapi sejak dari sekolah menengah lagi saya memang menghadapi masalah keguguran rambut yang kritikal, sehinggakan jika saya kumpul rambut-rambut yang gugur itu, orang akan kata saya menghidapi leukaemia (?)

Besar kemungkinan keguguran rambut atau dalam bahasa mediknya 'Alopecia' yang saya hadapi disebabkan oleh kebiasaan memakai songkok atau kopiah ketika rambut masih basah. Maka bagi mata yang melihat, kebanyakan mereka akan menyangka bahawa kebiasaan saya memegang kopiah atau songkok tanpa memakainya adalah kerana ingin menayang-nayang rambut (?)

Jarang sekali saya memakai kopiah di Mesir ini.. Tidak hairanlah sahabat saya I*wan (salah satu huruf terpaksa dirahsiakan demi menjaga identiti) ketawa kecil melihat saya turun ke majlis solat hajat di dewan DMAK malam tadi dengan memakai baju melayu berkopiah.. (^_~)

**************

Alopecia juga boleh disebabkan oleh terlebihnya hormon lelaki (Androgen).. Istilah perubatannya ialah Androgenetic Alopecia.. Selalu dilihat di kalangan lelaki tua Arab di sini.. Itu bukan sebab banyak makan tokmiyah yee.. hehe

**************

Oh ya.. Lupa nak beritahu.. Kawan-kawan saya yang dahulunya mengutuk saya tidak 'siqoh' di DQ dahulu, kini tidak ada seorang pun yang masih konsisten dengan pemakaian kopiah mereka di UIA.. (^_~)

Saya di Darul Quran.. "Sekarang dah jauh menyimpang.." rintih ayah saya.

7 comments:

ana muslim said...

hahaha...xpe xpakai pun...bkn langgar syariat pun, kan..^_~

cairoboy said...

haha,pakai ke x pakai ke..
still hensem gak..
kuikui..

hakimi mahmud said...

murshid am mehdi akif pun tak pakai kopiah..

Nabila H.... said...

salam...
mcm mana plak dgn ayat yg mengatakan "pakaian taqwa itu lebih baik"[lebih kurang mcm tu kot sbb ingat yg bahasa arab je--walibasuttaqwa zalika khair]
sbb ada la kalangan ust2 ni mentafsirkn bahawa pakaian yg melambangkn ketawadukan ini adalah yg lebih baik..
apa2 pun niat nak pakai tu kena betul..pakai bukan sebab nak tunjuk thiqqah tapi nak menghidupkan sunnah..

Learner said...

haha...

eeka said...

hahhaa
apa maksud kepada ayat "rintihan ayah saya tu.. yang awak dah jauh menyimpang..?" ekekeke

c's said...

identiti dirahsiakan.. tp link ke blog..

=P

org cpt pandang senget.. nk wat cmne~

islam dalam n luar.. tuh plg penting..

*peace*