Jun 23, 2009

Medic Al-Azhar Explained

Tempoh Pengajian

Kos perubatan di Al-Azhar menawarkan 7 tahun pengajian; lebih setahun berbanding universiti-universiti lain di Mesir ini seperti Universiti Kaherah, Mansurah, Ainshams, Zaqaziq, Tanta dan Iskandariyah yang hanya menawarkan 6 tahun pengajian. Ini kerana tahun pertama pengajian di Univ Al-Azhar mewajibkan pelajarnya mengambil 10 subjek agama di dalam bahasa Arab sebelum meneruskan ke tahun berikutnya.


Yuran

Yuran pada tahun pertama pengajian berjumlah 3000 pound sterling. Manakala yuran pada tahun-tahun berikutnya hanyalah 1500 pound sterling setiap tahun, selama 6 tahun. Jadi jumlahnya ialah (3000 + 1500 + 1500 + 1500 + 1500 + 1500 + 1500) = 12,000 pound sterling. Jika ditakdirkan anda mengulang pada mana-mana tahun, anda masih juga perlu menjelaskan yuran sebanyak 1500 pound sterling untuk tahun tersebut.


Tahun 1

Sebanyak 10 subjek agama di dalam bahasa Arab wajib diambil; iaitu subjek Nahu & Saraf, Balaghah & Adab, Fikah, Tarikh Tasyri', Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah & Akhlak dan Al-Quran (2 juzuk, juz 29 dan 30). Pelajar diwajibkan lulus kesemua subjek untuk naik ke tahun berikutnya. Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus juga, pelajar diwajibkan untuk mengulang kesepuluh-kesepuluh subjek pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling.


Tahun 2

Juga dikenali dengan tahun 1 perubatan. Pelajar mula didedahkan dengan 4 subjek perubatan (Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry), 2 subjek agama dalam bahasa Arab (Aqidah dan Fikah), Komputer, Bahasa Inggeris dan Al-Quran (2 juzuk, juz 29 dan 30). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus lebih daripada 2 subjek, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling. Jika tidak lulus hanya 2 subjek atau 1 subjek, pelajar dibenarkan untuk bawa subjek naik ke tahun berikutnya.


Tahun 3

Juga dikenali dengan tahun 2 perubatan. Pelajar perlu mengambil 4 subjek perubatan (Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry), 1 subjek agama dalam bahasa Arab (Sirah), Bahasa Inggeris dan Al-Quran (2 juzuk, juz 27 dan 28). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus mana-mana subjek perubatan, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling. Jika tidak lulus salah satu subjek minor seperti Al-Quran atau Sirah atau Bahasa Inggeris, pelajar dibenarkan untuk bawa subjek naik ke tahun berikutnya.


Tahun 4

Juga dikenali dengan tahun 3 perubatan. Pelajar perlu mengambil 4 subjek perubatan (Pharmacology, Pathology, Microbiology dan Parasitology), 1 subjek agama dalam bahasa Arab (Tafsir wa Ulumul Quran) dan Al-Quran (2 juzuk, juz 25 dan 26). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus mana-mana subjek walaupun subjek minor, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling.


Tahun 5


Juga dikenali dengan tahun 4 perubatan. Pelajar perlu mengambil 4 subjek perubatan (Ophthalmology, Forensic, Community Medicine & ENT), 1 subjek agama dalam bahasa Arab (Hadis), 1 subjek medic dalam Bahasa Arab (Medical ethics) dan Al-Quran (2 juzuk, juz 23 dan 24).


Tahun 6


Juga dikenali dengan tahun 5 perubatan. Pelajar perlu mengambil 2 subjek perubatan (Internal Medicine & Pediatrics). Untuk tahun ini dan tahun hadapan, tiada lagi subjek agama dan al-Quran.


Tahun 7

Juga dikenali dengan tahun 6 perubatan (tahun akhir). Pelajar perlu mengambil 2 subjek perubatan (Surgery & OnG). Tiada subjek agama dan al-Quran.

Kelayakan

Pelajar yang memohon hendaklah mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Sebaik-baiknya semua A dalam semua subjek. Subjek Bahasa Arab Tinggi, Syariah Islamiah, Al-Quran dan As-Sunnah TIDAK DIPERLUKAN. Juga tidak perlu untuk hafal Al-Quran untuk memohon ke Al-Azhar. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga TIDAK DIPERLUKAN. Hanya SPM.


Permohonan

Pelajar perlulah memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Bahagian Luar Negara. Borang boleh didapati di sana.


Biasiswa / Pinjaman

Pelajar perlu memohon biasiswa SEBELUM melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar, sama ada Yayasan Negeri, Zakat Negeri atau lain-lain. JPA dan MARA tidak menaja pelajar ke Al-Azhar. Jika anda ingin meneruskan juga pembelajaran di Al-Azhar dengan harapan anda akan mendapat biasiswa selepas tahun pertama pengajian, pastikan anda mempunyai Plan B (duit simpanan sendiri yang secukupnya), kerana tiada jaminan bahawa anda akan dapat biasiswa pada tahun-tahun berikutnya.


Agensi

Sejak sesi 2008/2009, sebahagian agensi sudah mula menghantar pelajar ke Al-Azhar secara terus (MOU). Sistem pembelajaran adalah sangat berbeza dengan sistem yang sedia ada. Kelayakan memohon juga adalah lebih rendah. Namun, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai agensi ini. Cuma nasihat saya, mohonlah melalui KPT. Percuma dan mudah. Jika KPT mengatakan anda tidak layak, maka mungkin bukan rezeki anda belajar di dalam bidang perubatan di sini.


Persoalan

Segala persoalan boleh diutarakan di ruangan komen. Namun saya tidak akan menjawab segala persoalan mengenai agensi di Al-Azhar, kerana saya tidak tahu menahu tentangnya.

Semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang berminat. Sekian (^_~)

13 comments:

Nabila H.... said...

salam...
bagus la wat post yang macam ni..kena promote link ni..sbb susah nk terangkan..syukran jazilan...

Nabila H.... said...

salam..
err...rasanya nak tambah maklumat sikit...ana xsure samaada ini yang di pihak banat sahaja ataupun yang banin pun macam ni gak sebenarnya.
10 subjek tu,lain sikit klu berdasarkan yang latest punya...
--> aqidah wal akhlak, tarikh tasyri', fiqh ibadah, sirah nabawiyah, nahu wassorf,al-Quran (juz 29-30),adab balaghah, hadith, tafsir dan Bahasa inggeris.
wallahua'lam

Effy Saiful said...

thanks cik radin..

ops, sy tertinggal akidah wal akhlak.. yg lain semua betul.. kami takde bhs inggeris..

Ibnu Ali said...

Kira kene hafiz quran tuh.. hanya sekadar kabo angen ye.. huhu

Effy Saiful said...

hafiz quran bkn requirement.. tetapi bila dah sampai sini, kenalah hafal alquran.. sbb dah masuk dlm syllibus..

tahun2 lepas, 5 juzuk setahun.. tahun ni dan seterusnya, Al-Azhar bagi keringanan pada pelajar2 asing untuk hafal 2 juz sahaja..

drhatta said...

boleh tanya abang Dr.Zainal Fitri Zakaria tentang year 5 onwrds as he was there in 1988 to 1995 AT drzainal zakaria [drzainal2000@yahoo.com]

drhatta said...

You can ask Abang Dr. Zainal who was in Azhar 1988-1995 at drzainal zakaria [drzainal2000@yahoo.com]

Mr W. A. A. said...

Bagus. Ramai-ramai datang ke Mesir.

Boleh la nak uji ketabahan mengaji medic yang memerlukan sekurang-kurangnya 60% untuk lulus tanpa bantuan 'course assessment marks.'

Boleh tengok Mansoura University punya pencapaian.

Dentistry pula kalau tak lulus 3 subjek ke atas pada exam round pertama terpaksa ulang tahun terus tanpa re-seat.

Tambahan pulak, yuran University baru saja dinaikkan dari EGP3300 kepada USD8000.

Dengan ejen, sesiapa saja boleh jd med student. Makcik, Pakcik, Tok Ki sebutlah apa saja boleh asalkan ada fulus. Tapi sorry, tak ada jaminan anda keluar Univ di sini dgn degree.

Bu-bye.

wallaweyh said...

1.adakah pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke sini perlu mendapatkan suntikan atau pun medical-check up? kalau perlu, kene ambil di malaysia atau di mesir nanti?

2.adakah pelajar pelu membeli pisau bedah sendiri?

diharap dpt membalas soalan2 di atas.

sekian, tq :)

Effy Saiful said...

1. simple medical check up adalah requirement utama bagi pelajar yang pergi melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bermakna, perlu dilakukan di Malaysia.. Suntikan tidak wajib, namun boleh diambil di msia utk tujuan keselamatan..

2. belajar perubatan di sini tidak sampai tahap boleh membedah.. dah jadi doktor nnti baru layak membedah.. jadi tak perlu beli sebarang pisau bedah.. harap menjawab soalan~

Anonymous said...

assalamualaikum..
urm..nk tnye nieh..
at least result spm tu nk camne?
kalo B tu ley trime lg x?
:)

kalammuhaffiz said...

assalamualaikum w.b.t.ana pelajar smakj gent 17. alhamdulillah,skrg mnuntut di DARUL QURAN dlm bdang p'sijilan.maaf ana b'tanya, bru2 ni msa spm,ana btul2 excited m'dapat straight dlm spm.bla mna mlihatkan pd soalan dan jwpn yg djawab. ttapi, alhamdulillah,wlaupn kecewa dan agak t'kejut,ana m'dpat b3 dlm smua mdah sains tulen.agk mengejutkn.ttapi ana redha.ok,ana rsa akh pun thu kondisi guru di skolah kta dgn kkurangn guru pakar dan kurgnya p'dedahan tntg teknik2 p'jwpn.mgkn m'jadi slah 1 asbab wlaupn klu kta lihat pd akar umbinya p'kra2 sprti ini tdak patut dtimbulkn dan trus trang dtg dri takdir ALLAH.bru2 ni ana m'bca blog akh pd ruangan ini.bla mna mlihat pd p'blajaran mdah2 arab yg diambl dgn pnekanan tntg al-quran di sana,ana merasa t'kesima dan smakin m'buak2 cita2 ingin mlanjutkn plajarn di sna yg smemangnya m'jadi cita2 ana smenjak kecil.tp,dr sudut yg lain ana mrasa agk sedih dgn resault yg ana p'olehi.kdg2 timbul iri hati kpd shabt2 yg b'skolah di skolah2 yg t'dptnya guru2 pakar,pnekanan & p'dedahan2 tntg format yg begitu lengkap dan sbgai. ana x b'niat nk menyalahkn ssiapa,tp kdg2 p'kara yg spatutnya timbul dlm diri. dan mmg m'jadi hasrat di hati ana nk mlanjutkn plajarn ke u.al-azhar dlm bdg medic krna di situ diterapkn tntg 2 ilmu iaitu ilmu agama dan sains.ana memohon nasihat dr akhi utk diri yg lemah ini.wallahua'lam.

kalammuhaffiz said...
This comment has been removed by the author.