Jun 7, 2009

Ragam orang intelek


"Ustaz, apa hukumnya jika baju kita terkena artificial urine? Boleh bawak sembahyang tak?"

"Ustaz, perempuan yang melahirkan anak secara cesarean birth, kena mandi wajib tak?"

"Ustaz, boleh tak ambil wuduk dalam stagnant water?"

"Ustaz, berdosa tak kalau kita tengah belek-belek skull, tiba-tiba je skull tu retak sikit atau pecah?"

******

Terkesima saya mendengar soalan-soalan yang ditujukan oleh sebahagian pelajar-pelajar perubatan di sini.. Nasib baik dalam keempat-empat kes ini, soalan tersebut ditujukan kepada Ustaz Syed Abdul Kadir; ustaz yang saya kira boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sedangkan boleh saja mereka tukarkan perkataan-perkataan tersebut kepada istilah yang lebih mudah difahami, seperti "air kencing tiruan", "air bertakung", "bersalin secara pembedahan perut", "tengkorak" dan sebagainya.

Fenomena ini bukan sahaja boleh dilihat di kalangan pelajar-pelajar perubatan, malah golongan agamawan juga tidak teragak-agak untuk menggunakan istilah-istilah bahasa Arab yang kurang difahami oleh masyarakat umum Malaysia ketika berceramah:

"Kita perlulah memikirkan bagaimana untuk mentatbiqkan syariah Islamiyah di negara kita.."

"Kira perlulah bersatu dalam mencegah thaghut yang bersarang di dalam masyarakat Islam di Malaysia."

"Marilah sama-sama meng-islah diri..."

"Pemikiran-pemikiran yang berlandaskan maaddiyyah..."

******

Nabi s.a.w. di dalam banyak peristiwa yang berbeza berkali-kali mengingatkan pengikut-pengikutnya supaya berkata-kata mengikut tahap kefahaman mereka yang mendengar. Orang yang bijak sebenarnya bukanlah orang yang boleh bercakap menggunakan bahasa yang bombastik, tetapi adalah mereka yang mampu mengubah laras bahasa mereka dalam bercakap menurut tahap kefahaman orang yang mendegar.

Seorang professor yang bercakap kepada mahasiswa di Universiti, tidak boleh bercakap sama seperti ketika beliau bercakap di dalam persidangan atau seminar kepada professor-professor yang lain.. Begitu juga dengan guru di tadika tidak boleh bercakap dengan anak-anak muridnya di tadika sama seperti dia berbual dengan teman-temannya yang lain.

Sama juga halnya dengan seorang doktor yang sedang menerangkan penyakit yang dihidapi oleh pesakitnya yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang ilmu perubatan.. Bayangkan jika doktor tersebut menerangkan kepada pesakitnya yang batuk atau sakit tekak begini, "Makcik, makcik ni ada infection kat upper respiratory tract makcik.." Masuk akalkah?

*************

Sesetengah orang sengaja meninggikan laras bahasanya apabila bercakap atau menulis, supaya orang melihatnya sebagai orang intelektual, sedangkan apakah manfaat yang diperolehi jika orang yang mendengar tidak faham walau sepatah?

5 comments:

Jackster® said...

kdg2 sbb da terbiasa guna jadi susah nak translate tibe2, mcm c-section, tetibe nk translate jadi sesi-c haha gurau, btol2 stuju post ni hehe

yeay 1st to comment hik2 wee~ (pey pey sile reply haha)

c's said...

smack me down, again~

post baru, baru tulis pasal hypothalamus n feeding center.. nak kata kena, tak kena, tapi sape tak faham , xyah baca! *evil*

cairoboy said...

let see,
4 me,its not a big deal to use those words...sbb xde laa kompleks sgt istilah2 arab atau english yg mereka gunakan...kalau org yg dtanya x fhm ape istilah tu,boleh tanye balik kan ape maksud istilah tu,at least yg ditanya tu dpt belajar vocab baru secara x langsung..ye dak??

btw,nice entry bro...
i like to read ur entries,most of them make me think out of the box...

Shuraif said...

hmm.. yelah, kalau tersasul tu, bleh terima gak. tp lepas tu terang la blk, "oops, maksud saya..." dsb. baru la tambah perbendaharaan kata org lain. klu da byk sgt perkataan x phm, penat jugak pendengar setia tu nak tanya satu2. itulah, x semua org bleh letak diri sendiri kat tempat pendengar..
skurang2nya kedua2 pihak ditegur oleh effy dan x tertumpu kpd 1 pihak.. nice

guntur said...

setuju dengan pandangan penulis

tapi saya ada terdengar oada yang mengatakan bahawa bahasa melayu ini miskin istilah

kecewa juga kadang2 dengan ragam orang2 intelek ni

perkara yg ringkas tambah rumit