Jul 5, 2009

Penunggu Tong Sampah

Keberadaan saya di Beijing dan Shanghai pada cuti musim panas tahun lepas memperlihatkan kepada saya perbezaan yang ketara antara umat Islam dan bangsa Cina di sana; bukan sahaja dari aspek kemajuan, malah dari pelbagai aspek seperti kebersihan, ketekunan bekerja dan kesedaran sivik.

Bandar Shanghai, boleh saya katakan 20 kali ganda lebih maju daripada bandar Kuala Lumpur yang kita bangga-banggakan itu... Di Beijing, saya dapat lihat bagaimana kesedaran dan keprihatinan pihak kerajaan China dalam menjaga alam sekitar.. Kesemua bas di bandar tersebut tidak lagi menggunakan petrol atau diesel untuk beroperasi. Begitu juga dengan motorsikal. Kesemuanya menggunakan elektrik yang semestinya tidak mengeluarkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan sebagainya; seterusnya mengurangkan kadar pencemaran di bandar besar seperti Beijing dan Shanghai..

Bas di Shanghai, menggunakan elektrik sepenuhnya.. Seperti landasan keretapi pulak.. Hanya landasannya di atas..


Namun ada satu perkara yang benar-benar mencuri perhatian saya di sana, sekaligus memberi tamparan hebat kepada saya sebagai seorang muslim yang beriman dengan ajaran Islam. Walaupun terdapat banyak lagi rakyat di sana yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, namun ada satu benda sahaja yang membezakan antara mereka dan golongan miskin di negara-negara Islam yang lain.. USAHA.

Walaupun di dalam hati mereka tidak ada secebis iman pun kepada Allah dan Rasul, mereka berpegang dengan ajaran satu ajaran Islam yang sangat penting, iaitu kepentingan berusaha untuk hidup. Yang mana ada modal untuk menjaja barangan secara kecil-kecilan, mereka berusaha untuk menjual barang mereka walaupun mereka terpaksa menebalkan muka mengikut bontot pelancong-pelancong asing di sana. Kadangkala harga yang mereka tawarkan memang tidak masuk akal; kerana terlalu murah.. Mungkin hanya cukup-cukup untuk balik modal sahaja.

Namun bagi mereka yang kurang bernasib baik, mereka mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang untuk dikitar semula; terutamanya kotak-kotak dan tin aluminium. Dalam banyak peristiwa, di mana saya melihat makcik-makcik yang sangat tua berdiri di sebelah tong sampah menunggu orang-orang yang sedang minum air tin untuk menghabiskan air mereka. Kadangkala belum sempat habis minum lagi, mereka sudah 'ready' untuk ambil tin air kita.


Sampai begitu sekali perjuangan mereka untuk hidup. Jarang sekali saya lihat orang-orang di sana mengemis. Kalau ada pun, sangat sedikit berbanding 'penunggu-penunggu' tong sampah itu.


Jika dibandingkan dengan umat Islam; tidak kiralah sama ada di negara kita sendiri atau di negara-negara Arab seperti Mesir dan Saudi.. Jarang sekali kita lihat golongan miskinnya berjalan berbatu-batu dari tong sampah ke tong sampah yang lain untuk mengutip tin atau barang-barang lain untuk dikitar semula. Sedangkan sampah yang dihasilkan oleh rakyat Mesir di sini mencapai bertan-tan dalam masa sehari. Mungkin ada, tetapi amatlah sedikit.

Kebanyakannya hanya duduk di jalanan meminta-minta dari orang ramai. Atau yang mana mempunyai kebolehan, mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di lorong bawah tanah meminta simpati. Saya tidak hairan sangat jika yang meminta itu cacat anggota tubuhnya. Tetapi ramai juga lelaki muda dan berkudrat.

Sistem yang disediakan Islam, termasuklah zakat [zakat fitrah, zakat tanaman, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat emas dan perak, zakat ternakan], nazar, galakan bersedekah, sepatutnya memberikan natijah 'Miskin Sifar'.. Tetapi mengapa masih ramai orang Islam yang hidup melarat?

Sahabat-sahabat saya yang berpeluang melancong ke negara-negara Eropah, turut melahirkan rasa kesal kerana menurut mereka, kebanyakan peminta sedekah di sana merupakan orang Islam~ Sedangkan orang miskin yang bukan beragama Islam di sana mencari nafkah dengan cara yang amat kreatif; seperti memakai kostum, melukis potrait, menjadi patung, bermain alat muzik, termasuklah mengeksploitasi binatang seperti ini:-

4 comments:

Ibnu Ali said...

"Bekiak" tu ada kat mesir ape...

"makcik jual tisu"...

Effy Saiful said...

Itu la yg sy maksudkan ada, tetapi sedikit..

Namun ada beza antara bekiak/makcik jual tisu dgn pengutip tin.. pengutip tin sbnrnye menyumbang kpd keseimbangan ekologi.. membantu kitar semula secara tak langsung..

negara2 kurang maju seperti mesir dan malaysia kurang memikirkan kepentingan kitar semula.. sbb tu la tong sampah kitar semula di msia ibarat hidup segan mati tak mahu.. berbeza dgn negara2 barat..

di UK dan US, sudah mula menggunakan beg2 kertas berbanding beg2 plastik..

shmy said...

Salam...

Memang x dpt dinafikan situasi ni sgt meluas kt Malaysia...pernah jgk terfikir mende nih...tp tu lah mcm mane untk mengubah budaya ini??sbb bukannye sdkt tetapi ramai...
Tapi yg peliknya, kebanyakkan yg masuk citer bersamamu tu xde plk org yg mengemis..mostly mereka membuat kerja2 buruh utk sara diri sdr n family..hmmm..
yg part binatang tu, klu persembahan kt zoo tu ok lg kut, tapi kucing mengemis???x pernah tau pun..menarik...

juz my 2 cent....:p
tq

c's said...

comeynye kucing tuh.. uhuhu

tapi still respect mesir banding dgn msia [dlm sudut nih].. at least drg jual brg2 dkt dlm metro @ bas .. kat msia tuh kaye dgn sindiket peminta sedekah~ sian budak2 tuh

once bribes dah merata2..xamanah sume.. mmg hancur la sesebuah institusi tsbt~

btw, kitar semula kat msia.. rse individu mmg patut gerak.. lagi2 nk rye nk kemas uma buang botol2 tuh, bleh la ringan2 pegi anta kat pusat kitar.. dpt ler duit sket+uma xsemak.. huhu