Oct 22, 2009

Ophthal oh ophthal..

"Sebab nak lebih mendalami kebesaran Tuhan melalui sistem tubuh manusia.."

Biasanya begitulah jawapannya apabila kita tanya pelajar-pelajar lepasan SPM mengapa mereka nak ambik medic.. Namun bagi pelajar-pelajar yang telahpun beberapa tahun berada di fakulti perubatan seperti kami, kesedaran itu jarang-jarang sekali datang.. Bukan kerana tidak sedar atau tidak tahu.. Tetapi seringkali lupa.. Sedangkan peringatan sudah banyak kali setiap hari diberikan menerusi buku-buku/atlas-atlas yang ditatap hampir 10 jam sehari..

Baru-baru ini setelah saya berjaya ke tahun ke-5 (atau tahun 4 perubatan) di universiti al-Azhar, kesedaran itu datang tiba-tiba.. Bila melihat patient yang dijemput ke bilik-bilik kuliah yang mengalami pelbagai masalah.. Dari cataract, trichiasis, squint dan sebagainya..

Terasa diri kurang bersyukur bila mengenangkan bulu-bulu mata kita tersusun rapi sejak lahir hinggalah sekarang.. Tidak seperti patient yang menghidapi trichiasis, iaitu satu keadaan di mana bulu mata tumbuh secara tidak normal lalu bergesel dengan mata menyebabkan mata merah, berair dan ulser bila dibiar lama-lama..

http://dro.hs.columbia.edu/op1/trichiasis2b.jpg
Tak sangka, benda sekecil bulu mata pun boleh menjadi bala jika dikehendaki Tuhan..

***************

Terasa gerun juga kerana maksiat yang kita lakukan setiap hari tidak dibalas dengan keputihan pada kanta mata yang disebut cataract.. Terasa bersyukur kerana ujub dan takabbur pada keelokan paras wajah kita tidak dibalas dengan squint atau juling secara tiba-tiba.. Sedangkan kalau Allah mahu, sekelip mata sahaja Allah boleh beri..

Rupa-rupanya terlalu banyak nikmat Allah jika hendak dihitung.. Biasalah, nikmat yang dikecap baru terasa apabila hilang.. Moga kita sama-sama duduk bermuhasabah diri dan nikmat yang diberi.. Jangan jadi hamba yang tidak bersyukur..

p/s: Sori post tak best.. Takde idea (-_-)

7 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum


Subhanallah

joegrimjow said...

pentgnya menjaga bulu mata !!

Ummu Suhaib said...

best ape post ni...sangat mencelikkan minda..memang x terhitung nikmat Yg Allah berikan..jgn lupa sgt2 syukur nikmat terbesar yg Allah bagi kita,iaitu nikmat Iman dan Islam..dan nikmat dapat bersyukur n dapat berfikir seperti org yng mempunyai akal...

sucimurni said...

bagus post ni..baru tahu yang bulu mata pun boleh buat mata jadi sakit..

Unknown said...

apasal ckp post yg memberi peringatan sbg post yg xbest..?

"balighu walau ayah..."

bkn i ckp tp nabi ckp..wallahu'alam

Effy Saiful said...

nur_anees: bukan 'tazkirah' yg tak best.. 'idea' yang tak best.. tp kalau anda semua kata best, ok la tu =) bersyukur

princess kacang said...

salam wbt

eh sye xciplak..btul2 ni isk3...
tp ur last sentence kate post ni xbest smpai hati haha.:(

senpai sile beri tunjuk ajar.~