Mar 3, 2010

Jariah

Ramai yang suka cari tips bagaimana ingin kekal muda.. Kekal cantik.. Kekal sihat.. Tetapi tak ramai yang tahu bagaimana untuk memanjangkan umur walaupun setelah kita sudah mati..

Pahala jalan, tetapi tak perlu beramal.. Seakan-akan MLM jugalah.. Atau dalam istilah bisnesnya, 'passive income'.

Cuba perhati apa dia 3 perkara yang disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadis baginda:

  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang dimanfaati
  • Anak soleh yang mendoakannya

Jariah; secara literal bermakna yang mengalir, yang berterusan.. Cuma ia selalu digandingkan dengan perkataan 'sedekah', sehinggakan semua jenis sedekah disebut 'sedekah jariah'..

Apa signifikan perkataan jariah? Sedekah jariah bermaksud sedekah yang berterusan manfaatnya.. Sedangkan sedekah biasa bermaksud sedekah yang terhenti manfaatnya setakat itu sahaja..

Sedekah ini juga ada 'maqam' atau 'level' tersendiri.. Sebab itu jika kita mempunyai 'resource' yang terhad, maka kita perlu bijak memilih 'priority' seperti yang diajar oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqh Awlawiyat. Tetapi jika ada wang lebih, tak kisah lah mana-mana jenis sedekah pun boleh..

Bila ditanya, apa contoh sedekah yang berpanjangan manfaatnya, ramai yang memberi contoh tipikal dan klasik seperti membina masjid, rumah-rumah anak yatim, mengalirkan sungai dsb.. Tetapi kali ini saya ingin memberikan contoh yang kontemporari sedikit..

Subsidi/tanggung kos LASIK operation.

Ya benar. Bererti setiap saat si penerima itu menggunakan penglihatannya untuk tujuan belajar, ibadat, membaca al-Quran, melihat wajah ibu bapa, wajah orang-orang soleh, selama itulah pahala kita akan berjalan, selagi mana orang itu hidup.. Banyak tak?

Nikmat mata selalu dilepas pandang..

Satu lagi ialah dengan menderma organ.. Ramai hari ini tidak sedar kebaikan menderma organ.. Mungkin kerana kurangnya pendedahan kepada masyarakat umum tentang isu pendermaan organ itu sendiri.. Dari segi perubatan dan juga pandangan Islam mengenainya.

Sebab itulah saya ada menyimpan azam untuk menjadi pakar transplant suatu hari nanti dan berniat untuk menyumbangkan sedikit masa saya untuk memberi taklimat di masjid-masjid atau di mana-mana sahajalah berkenaan kebaikan menderma organ ini, sama ada kepada penderma itu sendiri mahupun kepada si penerima. Doakan saya ya (^_~)

*********

Ayah saya selalu mengingatkan.. Duit yang ada di tangan kita ini sebenarnya masih belum menjadi milik kita sepenuhnya lagi.. Mungkin jadi milik pencuri (jika dicuri), atau doktor (jika sakit), atau mekanik (jika kereta rosak), atau waris (jika meninggal).. Tetapi satu-satunya duit yang sudah pasti menjadi milik kita tanpa ada sesiapa yang boleh mengambilnya, ialah duit yang kita belanjakan untuk tujuan kebaikan.. Inilah sistem simpanan duit yang paling 'secure' di dalam dunia. (^_^)

4 comments:

Blangkas Klik said...

Abis kalau dah tanggung kos lasik atau derma mata pastu mata tu digunakan utk maksiat, mcm mana tu?? Dapat pahala bterusan ke dpt dosa sama??

HafizAdam said...

dah tahu dia nak buat maksiat, takyah le bagi.

macam kucing. dah tahu dia suka makan ikan, kenapa mesti diberi ikan? bagilah pisang. kalau kucing tu makan jugak pisang tu, memang di luar orbit kawalan manusia. XD

Effy Saiful said...

iAllah akan digunakan untuk tujuan kebaikan (^_^) kalau buat maksiat jgk, tanggung sendiri laa..hehe

yusufsay said...

very nice bro...hehehe