Jul 16, 2010

Anjakan paradigma?

Anjakan paradigma.

Dahulunya masa baru-baru tukar tema blog, cadangnya nak menulis post2 yang mampu menganjak paradigma. Tetapi tak tahulah berapa banyak post yang telah berjaya berbuat demikian setakat ini. Harap-harap kalau tidak banyak, sikit pun jadilah.

Tapi post kali ini saya jamin mesti paradigma anda akan teranjak! (or not! ;p hehe)

******

Yang pertama ni mungkin ramai yang dah tahu. Bila kata 'ibarat melepaskan batuk di tangga', ia bermaksud membuat satu-satu pekerjaan itu tanpa kesungguhan, atau ala kadar. Namun selama lebih 20 tahun saya menyangka bahawa 'batuk' yang dimaksudkan ialah batuk = cough.

Rupanya bukan itu maksudnya. Patutlah tak masuk akal langsung. Tiada kena mengena. Batuk (atau batok) ialah sejenis pencedok air diperbuat daripada tempurung kelapa yang diletakkan dalam tempayan di hadapan rumah, digunakan untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Maka sesetengah orang yang buat kerja ala kadar hanya akan 'melepaskan' 'batuk' tersebut 'di' atas 'tangga' rumah; bukan di tempat asalnya = dalam tempayan.

Maka itulah asal usul peribahasa tersebut.

Gambar batuk/batok di dalam tempayan, digunakan untuk mencedok air basuh kaki.

*******

Yang kedua ialah kata-kata hikmah, 'syurga terletak di bawah tapak kaki ibu'. Saya pernah membuat survey apakah yang difahami daripada kata-kata ini. Saya terima banyak jawapan. Antaranya:

"Kalau nak masuk syurga kena cium tapak kaki ibu (sanjung/hormat ibu)."

"Ibu lebih mulia darjatnya daripada syurga.."

"Kalau nak masuk syurga, suruh ibu kita terajang atau pijak kita.."
(okeh yang ini melawak je)


"Di mana ibu berpijak, di situlah syurga bagi kita.."


Tapi cuba fikir begini. Bagaimana pula jika it simply means "Ibu tempat tinggalnya di syurga"? Kerana jika saya kata, "Midvalley berada di bawah tapak kaki saya," bererti saya nak kata yang saya sekarang ni sedang berada di Midvalley.


Atau
"Istana berada di bawah tapak kaki Sultan." Bererti, sultan tinggal di istana. Atau "Mesir terletak di bawah tapak kaki keldai." Bererti, keldai tinggal di Mesir. Maka jika "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"? Bererti ibu sedang berdiri di dalam syurga! = Ganjaran ibu = syurga. Simple, kan?

***********

Yang terakhir, kebiasaannya kita selalu menggunakan peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri' untuk menggambarkan orang yang memuji diri sendiri. Saya tak pasti sama ada versi saya ini versi yang lain, atau sekadar penjelasan terhadap peribahasa 'angkat bakul'..

Tetapi sahabat saya (orang kuat bahasa) pernah memberitahu saya ia berasal daripada perihal penjual2 kuih yang 'mengangkat' 'bakul' kuih dan pusing satu kampung sambil menjerit, "Kuihhh kuihh.. Beli kuih sayaa.. Kuih saya sedaapp.." = memuji kuih sendiri = memuji diri sendiri.

Maka terhasillah peribahasa tersebut.

No comments: