Jul 29, 2010

Orang Melayu Memandai-mandai


Orang kata, Bahasa Melayu kita ni miskin. Buktinya, terdapat banyak perkataan yang diadaptasi daripada bahasa lain termasuklah bahasa Arab. Yang sedihnya, banyak sungguh perkataan2 adaptasi ini lari daripada maksudnya yang sebenar.

1) Contoh yang paling mudah ialah perkataan 'pinggan', yang berasal dari perkataan 'finjaan' yang bermaksud 'cawan'. Mungkin ia berkait rapat dengan pedagang Arab yang dahulunya berniaga di Tanah Melayu yang menunjuk ke arah cawan sambil berkata, "Finggaaan.. Finggaaan.." Namun nenek moyang kita tersalah faham, ingatkan pinggan itulah 'finggaan'.

2) Mungkin juga kerana ada yang cuba memandai-mandai, seperti dalam kes 'Allahyarham'. Mereka ingat, jika ustaz = lelaki, ustazah = perempuan, maka Allahyarham = lelaki, Allahyarhamah = perempuan (?) Sedangkan perkataan 'yarham' merupakan sejenis kata kerja (verb) yang tidak berubah mengikut jantina si mati, berbeza dengan Al-marhum dan Al-marhumah yang memang betul penggunaannya kerana ia kata nama (noun).

3) Kebiasaan orang Melayu juga, jika hendak menyebut nama seseorang yang sudah meninggal dunia, didahului dengan perkataan 'arwah' e.g. Arwah Abu, Arwah Ali

Sedangkan perkataan 'arwah' itu sendiri sudah tidak betul dari segi nahunya. 'Arwah' ialah kata jamak (plural) kepada 'ruh'. Maka jika kita kata 'Arwah Ali', secara literalnya bererti 'ruh-ruh Ali'. Jelas itu tidak bertepatan dengan maksud yang ingin kita gunakan.

4) Begitu juga dengan gelaran 'Al-Hafiz' yang telah disalahgunakan secara meluas oleh kebanyakan masyarakat Malaysia. Adakah sesuai digelar para penghafal al-Quran pada hari ini dgn gelaran 'Al-Hafiz'? Sedangkan menurut ilmu hadis ia digelarkan kepada mereka yang menghafal 100,000 hadis berserta sanadnya. Bukan kepada mereka yang lengkap hafalan 30 juzuknya.

Kami diberitahu di Darul Quran dahulu, bahawa istilah yang lebih tepat ialah (حامل القرءان) bukannya (حافظ القرءان). Berapa ramai agaknya yang sanggup menggunakan istilah al-hamil pada nama mereka? ;p

p/s: Oh, gambar di atas tu gambar hiasan je.. Gambar David Archuleta berbaju Melayu. hehe

No comments: