Aug 2, 2010

Jawapan Teka-teki

Post ini adalah jawapan bagi teka-teki di SINI.

Jawapan no 1:

Lelaki A.

Dalam bahasa Arab, sighah fe'el madhi membawa maksud perbuatan yang telah lalu. Bererti lelaki A telah pun membunuh seorang lelaki.

Tetapi sighah isim fa'il selain membawa maksud sedang atau telah berlaku, ia juga boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang akan berlaku = yang hendak dilakukan.

Contoh:

1) Surah as-Soffaat ayat 99: إني ذاهب إلى ربي سيهدين

"Sesungguhnya aku hendak pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku."

2) Surah Sad ayat 71: إذ قال ربك للملائكة إني خالق بشرا من طين

"Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah.""

3) Surah Ali Imran ayat 55: يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ

"Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir."

Bermakna, lelaki B masih belum membunuh siapa2 lagi. Cuma dia 'hendak' atau 'akan' membunuh seorang lelaki. Maka tidak dijatuhkan hukumam qisas baginya =)

***********

Jawapan no 2:

Hukum puasanya mengikut i'rab perkataan ناسيًا itu sendiri.

Jika mansub kerana i'rab HAL, maka tidak batal, kerana makan secara tidak sengaja atau terlupa tidak membatalkan puasa.

Namun jika mansub kerana i'rab MAF'ULUN BIH, maka batal, kerana makan nasi itu membatalkan puasa (^_^) hehe, hope u understand.. this one is just a joke ;p Sorry guys~

No comments: