"Ha epi, jangan lupe sukud sujur!" kata Abah.
Apa lagi, kami sekeluarga ketawa lah berdekah-dekah! Abah dah tersasul. Nak cakap 'sujud syukur', tercakap 'sukud sujur'!
Sejak Abah diserang strok beberapa tahun dahulu, kata-katanya memang sudah tidak fasih lagi. Lidahnya selalu terpeleot. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkataan yang Abah pernah tersasul, cuma kami tak berapa ingat sebab tak tulis.
Antara yang lain seperti 'musroom shoup' untuk 'mushroom soup' dan 'bracelet' untuk 'braces'. Dan yang terbaru semalam Abah cakap, "Epi, kau ni sembahyang laju sangat lah. Tomaknunah pun takde."
Tapi Tuhan itu Maha Kaya. Sejak kejadian itu, seorang demi seorang tergeliat lidah hingga tersasul. Ketulah, bak kata Abah.
Baru saja malam tadi Mama tersasul. "Cakap dengan Tok Yam nak tenyok." Sebenarnya nak cakap 'tengok'.
Adik perempuan saya pula sukar untuk di'detect' kesalahannya, kerana dia pandai cover. Kalau dia tersasul dan kebetulan orang tidak perasan, dia akan duduk diam-diam, mengharap tiada orang menegur. Cuma kadang-kadang kantol jugak sekali dua (^_~)
Sebenarnya memang banyak lagi contoh-contoh yang kelakar. Cuma sayangnya tidak direkodkan. Tapi tahun lepas, sedang saya ber-bloghopping, terjumpa pulak satu blog yang merekodkan kesalahan seperti ini! hahaha
Saya? Oh, saya tak pernah tersasul lagi. hehe
p/s: Kalau jumpa lagi nanti saya update ye (^_^)

No comments:
Post a Comment