1) Firaun hanyalah merupakan gelaran seseorang yang memerintah Mesir sahaja, dan bukan nama sebenar. Ia sama seperti gelaran Raja, Sultan dan sebagainya.
2) Firaun sempat mengaku beriman sebelum dia ditenggelamkan di dalam laut. Namun imannya tidak diterima Allah kerana taubat tidak diterima jika dilakukan betul-betul sebelum ajal. Kisah ini dirakamkan di dalam surah Yunus ayat 90.
3) Jasad Firaun diselamatkan Allah supaya menjadi teladan kepada umat-umat selepasnya. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 92, "Maka pada hari ini, Kami selamatkan badan kamu untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang selepasmu..."
4) Untuk berbuat kebajikan tidak perlu meminta izin. Mereka yang menyuruh orang lain meminta izin untuk berbuat baik sebenarnya menuruti legasi Firaun. Firaun bertanya kepada ahli-ahli sihirnya dalam surah Taha ayat 71:
"ءامنتم له قبل أن ءاذن لكم؟"
"Adakah kamu beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi keizinan kepada kamu?"
5) Namun sejahat-jahat Firaun sekalipun, Allah masih lagi memerintahkan Nabi Musa dan Harun untuk berlembut dengannya, sebagai satu bentuk rahmat-Nya kepada makhluk.
"فقولا له قولا لينا لعله يتذكر او يخشى"
"Maka bercakaplah (wahai Musa & Harun) kepadanya (Firaun) dgn kata2 yg lembut, moga2 dia beringat dan takut."
Jika beginilah rahmat Allah kepada insan yang mengaku Tuhan dengan menyebut "أنا ربكم الأعلى" (Akulah tuhanmu yang maha tinggi), bagaimana pula rahmat-Nya kpd insan yang bertasbih memuji Tuhan dengan mengucapkan "سبحان ربي الأعلى" - "Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi."
No comments:
Post a Comment