Sep 5, 2010

Adam = Isa?

Di dalam surah Ali Imran ayat 59 disebutkan bahawa, "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia

Ayat ini menekankan persamaan antara Nabi Adam dengan Nabi Isa a.s. dari segi penciptaan mereka, iaitu tanpa proses persetubuhan suami dan isteri, sebagai menjawab dakwaan orang-orang Kristian yang mengangkat Nabi Isa sebagai tuhan kerana beliau tidak mempunyai bapa.

Namun di sebalik persamaan ini, terdapat juga persamaan lain antara Nabi Adam dan Nabi Isa; iaitu kedua-dua mereka disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran.

Ya, nama Adam 25 kali, dan nama Isa juga 25 kali. Tak percaya boleh kira sendiri (^_^)

Bermakna, Adam = Isa bukan sahaja dari sudut penciptaannya, malah bilangan berapa kali disebut di dalam al-Quran. Begitu detailnya mukjizat al-Quran sehingga mengambil kira aspek matematik sekali ;)

Jangan lupa baca post tentang Kalimah Allah VS Imej Jesus di SINI.

x-ray-jesus
Rey­naldo Fari­nas, lelaki dari Florida yang mendakwa melihat imej Jesus di dalam chest x-ray beliau.

No comments: