-Sebagai muhasabah, mari kita sama-sama fikirkan. Adakah patut bagi seorang Muslim yang dihidangkan dengan portion terbaik Ramadan Kareem (10 mlm terakhir), tetapi hatinya berada pada 1 Syawal?
-Salah seorang sahabat saya membuat analogi, cuba bayangkan dalam setahun kita kerja, sehari dibayar RM100. Namun ada satu bulan khas di mana setiap hari diganda sebanyak 10 kali. Jadi sehari kita dibayar RM1000. Agak-agaknya lah, mesti kita nak jadikan setiap bulan adalah bulan yang diganda 10 tu, kan? Dan bila bulan tu dah nak tinggalkan kita, mesti kita sedih. Sedih sebab tak dapat duit lebih.
-Begitu juga dengan Ramadan. Setiap amalan berganda-ganda pahalanya, setidak-tidaknya janganlah tidak ada sedikit pun perasaan sedih ketika bulan yang penuh 'tawaran istimewa' dan 'mega sale' ini berlalu meninggalkan kita.
-Perasaan bercampur baur sekarang ini. Gembira - atas kemenangan melawan nafsu selama sebulan. Sedih - kerana penghulu segala bulan ini akan pergi meninggalkan kita. Takut - andai kita tergolong dalam golongan yang didoakan kecelakaannya oleh Nabi, iaitu mereka yang berlalunya Ramadan tetapi masih lagi tidak diampuni dosanya oleh Allah (T_T)
-Namun Ustaz Hasrizal berpesan, jangan pula terlalu diratapi pemergian Ramadan sampai dicela kedatangan syawal dan kegembiraan mensyukurinya.
-Ustaz Zaharuddin juga mengingatkan, "Berziarah & berkumpul di musim raya sepatutnya menambah pahala dan BUKAN mencipta dosa pelbagai melalui mata & lisanmu. Bukan pula medan menunjuk kemampuan diri, apatah lagi untuk membanding dirimu dengan kenderaan, pakaian & harta orang lain. Redhalah dengan apa yang sedang kamu miliki, jangan sesekali merasa diri ‘lebih’ atau ‘kurang’. Bebaskan diri dari rantaian kebanggaan & kehinaan kerana pemilikan duniamu."
-Dr. Asri Zainul Abidin juga ada menyentuh perihal menziarahi kubur dan bersedih-sedih pada pagi raya di SINI.
-Juga oleh kerana hari raya pada kali ini dijangkakan akan disambut pada hari Jumaat, mari kita luaskan pengetahuan kita mengenai hukum menunaikan solat Jumaat jika telah didahului dengan solat hari raya pada paginya di SINI.
-Maka saya dengan rasa rendah dirinya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf atas segala silap, zahir dan batin, sengaja atau tidak.
-"Jadilah hamba Allah, bukannya hamba Ramadan." Semoga amalan Ramadan kita diterima Allah dan dikurniakan istiqamah dalam beribadah. Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment