Oct 23, 2010

Parents: Our pediatrician by nature

http://health.more4kids.info/uploads/Image/April/pediatrician-and-baby.jpg

Round pediatrics memang sangat meremukkan hati.

Pertama, melihat anak2 kecil yang tiada dosa ditimpa dengan pelbagai penyakit; ada yang curable dan ada juga yang permanent. Membuatkan saya terfikir betapa besarnya nikmat zaman kanak2 yang sihat walafiat. Satu nikmat yang jarang kita renungi dan syukuri.

Kedua, melihat ketabahan ibu2 yang terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya itu; anak yang bakal hidup bersamanya 20-30 tahun akan datang, mengalami mental retardation.. Atau cerebral palsy.. Atau apa2 keadaan lagi yang tiada penawar. Anak yang sepatutnya dilihat sebagai satu aset pelaburan akan datang.. Yang sepatutnya membawa pulangan sama ada dari segi kewangan atau penjagaan di hari tua kelak.. Tetapi hakikatnya adalah perkara sebaliknya. Seolah-olah melihat saham yang sudah pasti jatuh merundum.

Anak yang sepatutnya menjadi khabar gembira, bertukar menjadi khabar menyedihkan. Anak yang sepatutnya dikerumuni dan dipicit pipi, hanya boleh dilihat dengan pandangan belas kasihan. Anak yang sudah pasti memerlukan penjagaan rapi berkali-kali ganda berbanding anak2 lain yang sihat dan normal.

Ada yang terpaksa mengorbankan karier dan masa. Ada yang terpaksa menukar karier daripada nenek kepada ibu akibat kesempitan hidup. Dan jika cucunya ditakdirkan sihat dan membesar dengan sempurna, belum tentu usaha nenek itu dihargai sepenuhnya. Entah2 dimarahi anaknya sendiri supaya 'tidak mencampuri urusan budak itu, kerana ibunya sendiri lebih berhak ke atasnya'.

Ada yang menitiskan air mata akibat kesedihan sewaktu kami mengambil history. Atau physical examination. Hati menjadi lebih pilu bila melihat riak muka yang semakin sedih apabila menerima kertas prescription daripada doktor, mengenangkan kos ubat yang perlu dibeli sendiri.

Ada yang masuk ke wad dalam keadaan menangis. Mengoffer doktor segala duit yang dia miliki, asalkan anaknya itu mendapat special & immediate treatment.. "Tolonglah doktor. Anak saya dah nak mati ni!" Sehingga doktor terpaksa memujuk, "Eh mana ada nak mati. Korang tengok ada macam nak mati ke budak tu?" kata doktor kepada kami sambil menunjuk ke arah anaknya yang masih mampu tersengih ketika itu.

Walaupun terpaksa menghadapi kuliah yang sangat bosan, dan tangisan anak2 yang sangat annoying dan membingitkan (like seriously), but i have to admit. It is a very heartbreaking experience. I don't think i can be a pediatrician in the future. I'm just not cut for it.

But despite of the difficulties, our parents didn't ever complain about being our pediatrician by nature. Jika kita demam, merekalah yang berjaga malam, mengawasi suhu badan kita. Jika kita sudah selepas membuang air besar, merekalah yang mencebokkan kita walaupun ketika itu mereka sedang makan. Jika berlaku small accidents, terpijak jarum, tersepit pintu, terhantuk kepala, merekalah penyelamat pertama.

Sedih la. Tak sanggup nak habiskan. K bye~

No comments: