Mar 11, 2011

Safar & Maksiat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPh-VBOahI_0gjF9KwZTiKuBKavfE9ajqm_hWAdamrs1-Sy7awZaQv_1MsMxY1POchPAyMTfjS1Q_U6OIMs37QT3qT71tTpzmAViKJzr0U42W_SL1vzPKhHkzRQeML8Js3tWEGzmUeFXQ/s400/musafir.jpg

1) Permusafiran kerana maksiat (السفر للمعصية )

dan

2) Maksiat dalam permusafiran (المعصية في السفر )

******

Walaupun kedua-dua ayat hampir sama, tetapi bezanya amat besar. Terutamanya terhadap implikasinya ke atas hukum solat jamak dan qasar.

Yang pertama bererti tujuan perjalanan itu memang untuk maksiat. Sebagai contoh, perjalanan dari JB ke KL bertujuan untuk ke Casino di Genting Highlands. Atau untuk menghadiri konsert Jom Heboh atau konsert Wondergirls. Atau untuk jumpa awek yang belajar/kerja di sana.

Maka orang-orang seperti ini TIDAK BOLEH melakukan jamak qasar, kerana mereka tidak dikira sebagai musafir menurut hukum syarak.

Manakala yang kedua bererti tujuan asal perjalanan itu merupakan sesuatu yang baik. Contohnya untuk menghantar anak ke IPT. Atau menghadiri undangan majlis perkahwinan. Cuma ketika permusafiran itu, berlaku maksiat-maksiat seperti memandang/mendedahkan aurat, percampuran lelaki perempuan, tinggal solat, mengumpat mengeji, atau singgah di tempat-tempat maksiat.

Golongan kedua ini masih DIBOLEHKAN untuk melakukan solat jamak qasar, kerana walaupun berlaku maksiat yang ditegah syarak, tetapi niat asalnya ialah bertujuan baik. Berbeza dengan golongan pertama tadi yang memang tujuannya permusafiran itu untuk sesuatu yang ditegah syarak.

****

Juga, antara sunnah Nabi ketika bermusafir ialah untuk singgah di masjid sebelum pulang ke kampung halaman.

Qasar (memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat) ialah hadiah Allah kepada umat Islam. Maka terimalah hadiah tersebut, walaupun hari ini perjalanan 90km mengambil masa tidak sampai pun 1 jam dan highway dipenuhi dengan R&R.

Wallahua'lam, harap disebar-sebarkan ilmu yang sedikit ini.

=)

No comments: