Mar 8, 2011

Satu lagi tempat pelik dalam al-Quran



Tahukah anda, secara generalnya, di dalam resam Usthmani, semua huruf ha dhamir (ha tebal untuk kata ganti diri) mempunyai beberapa kaedah khas:

1) Jika diapit dengan huruf yang berbaris (lihat contoh kotak putih), maka ia dibaca dua harakat. Dalam hukum tajwid kita panggil mad silah qasirah.

2) Tetapi jika huruf selepas ha dhamir itu ialah huruf hamzah, maka ia dibaca dengan 4 atau 5 harakat. Ini namanya mad silah towilah. Contohnya dalam Surah al-Baqarah ayat 90:

بِئْسَمَا اشْتَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ

3) Tetapi kalau ha dhamir didahului dengan huruf berbaris mati (lihat contoh bulat kuning), maka ia dibaca satu harakat sahaja.

4) Melainkan SATU tempat sahaja di dalam Quran (Surah Al-Furqan ayat 69 = lihat contoh bulat merah) di mana walaupun didahului dgn huruf ya berbaris mati, tetapi tetap dibaca 2 harakat.

Ingat tu =)

Rahsia di sebalik mengapa ia dibaca 2 harakat (instead of just 1) menurut sesetengah ulamak ialah untuk mengisyaratkan kehinaan (baris bawah melambangkan bahagian bawah neraka yang hina) kepada ahli maksiat yang mensyrikkan Allah, membunuh manusia lain dan penzina, seperti yang diceritakan dalam ayat tersebut.

Wallahua'lam.

No comments: