Konsep murah rezeki sebenarnya sering disalah fahami. Kita selalu pandang konsep ini dengan pertambahan duit, atau harta. Makin banyak duit, maka makin murah rezeki seseorang itu.
Sedangkan dalam pengurusan kewangan individu, kita lupa bahawa ia terdiri daripada 2 elemen; pendapatan (income) dan perbelanjaan (expenses).
Hidup tak semudah yang dirancang. Kadang kala kita lihat, 2 individu yang bergaji sama banyak, tetapi seorang hidup senang dan selesa, sedangkan seorang lagi dipenuhi hutang keliling pinggang. So what makes up the difference?
Terlalu banyak variables yang membezakannya. Dalam tempoh sebulan, seseorang itu mungkin diuji dengan kereta rosak, anak sakit, rumah dipecah masuk pencuri, disaman polis, terlibat dalam kemalangan, terlanggar kereta orang, kebakaran rumah, dibuang kerja, dan sebagainya.
Ada yang kurang bernasib baik mendapat isteri yang shopaholic, suami yang kuat berjoli, anak yang kuat berbelanja. Ada yang di usia muda sudah mendapat penyakit kronik yang memerlukan ubat-ubatan berterusan yang mahal, atau pembedahan besar yang menelan ribuan ringgit.
Ini semua meningkatkan lagi expenses seseorang itu, sehingga boleh mengalami defisit atau kemuflisan hingga terpaksa meminjam wang sana sini. Perkara ini semua tersangatlah luar dari kawalan kita sebagai seorang manusia. But fortunately, faktor-faktor ini semua ditentukan oleh Allah yang berkuasa menentukan rezeki hamba-Nya.
Jadi, apabila Tuhan kata orang yang suka bersedekah akan dimurahkan rezeki, seperti mana disebut dalam sebuah hadis Qudsi, "Besedekahlah, Aku pasti akan sedekah kepada kamu," maka ia tak semestinya dalam bentuk bonus duit, atau durian runtuh.
Tetapi boleh juga dalam bentuk Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita dan keluarga, dijauhkan daripada kemalangan dan kecacatan anggota, dielakkan dari kecurian dan kerosakan harta benda, diselamatkan daripada bencana alam dan banyak lagi perkara yang boleh meningkatkan jumlah bayaran bil bulanan kita.
Atau boleh juga dalam bentuk kita dikurniakan anak-anak soleh yang berjaya dunia akhirat, yang dapat menampung hidup kita di hari tua kelak.
It's true, God works in mysterious ways. Kita sebagai hamba perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada-Nya. Banyakkan berdoa, bersedekah dan amal soleh, bukan sekadar menggantungkan ayat seribu dinar di rumah-rumah sebagai hiasan semata-mata untuk me'murahkan rezeki'. No it doesn't work that way. Givers gain. What goes around comes around.
Here's a nice Arabic tongue twister just for u =)
مَنْ مَنَّ مِنْ مَنٍّ مُنَّ عليه
"Man (Barangsiapa) manna (yang memberi/bersedekah) min (daripada) mannin (pemberian Allah kepadanya) munna (maka akan diberi kembali) 'alaih (ke atasnya)."
No comments:
Post a Comment