Apr 5, 2011

Hujan Oh Hujan

Bila sebut pasal hujan, teringat satu kisah. Ada seorang wali yang hidup pada zaman Imam Abu Hanifah. Dia dikisahkan sebagai tidak mahu rukuk dan sujud jika solat, suka makan bangkai, dan lari dari rahmat Allah s.w.t.

Tetapi apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah dia sering mensolatkan jenazah (tiada rukuk dan sujud), suka makan ikan (tidak disembelih - so technically ia dikira bangkai), dan lari dari hujan (rahmat Allah) untuk mencari tempat berteduh =D



2 hari lepas hujan lebat di Mesir. Siap guruh dan petir lagi. Terasa macam kat Malaysia pulak.

Hujan di sini kurang popular; orang ramai tak berapa suka. Sebab setiap kali lepas hujan, jalan banjir kerana di sini tiada sistem perparitan. Mungkin kerana mereka rasa membazir agaknya. Iyelah, hujan setahun 3-4 kali je.

Sahabat saya Hilmi Ahmad kata, "Tajuk salur pelongkangan tak masuk dalam muqarar (syllabus) exam arkitek diorang. Cikgu diorang cakap tajuk tu malghi (boleh diabaikan/negligible)." haha

Mereka decide bahawa lori penyedut air (gambar) lebih praktikal dan ekonomikal.

Kadang-kadang kelakar juga tengok budak-budak Arab yang excited main bola dalam hujan. Terpekik-pekik keseronokan. Baguslah, orang Malaysia kalau hujan masuk dalam rumah.. Lari dari rahmat Allah! ;p

Lepas hujan barulah langit Kaherah yang tercemar kembali terang. Begitu juga dengan mata kita. Perlu selalu dibasahi dengan air mata keinsafan supaya penglihatan kembali terang dan jelas. Itu resmi kehidupan.

Satu fakta menarik dalam Quran. Allah tak gunakan perkataan:

نزل من السماء ماء
(hujan turun dari langit)

tetapi Allah gunakan

أنزل من السماء ماء
(Dia menurunkan hujan dari langit).

Jika hujan sekadar 'turun', tak heran... Tapi hanya dengan tambahan satu huruf sahaja (أ) sudah mampu untuk menunjukkan kebesaran Tuhan!

Jom tengok satu video best yang boleh menaikkan bulu roma (^^)


No comments: