Kita semua tahu, berbakti kepada anak yatim merupakan amalan mulia di sisi Islam. Sehinggakan Nabi s.a.w. pernah mengisyaratkan bahawa baginda dan orang yang memelihara anak yatim akan berada di dalam syurga serapat jari hantu dan jari telunjuk.
Tapi tak ramai yang tahu apa garis panduannya. Muka surat pertama surah An-Nisaa memerincikan lagi isu ini.
Antara intipatinya ialah, penjaga anak yatim perlulah bertanggung jawab menyimpan harta pusaka mereka serta melaburkannya dalam sebarang bentuk perniagaan agar membuahkan hasil.
Hasil daripada wang pelaburan tersebut barulah boleh digunakan untuk menyara nafkah harian anak-anak yatim tersebut dari segi pakaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Sebab itulah digunakan istilah فيها dan bukannya منها , sebagai isyarat bahawa duit pokok seboleh-bolehnya tidak disentuh untuk membiyai kos kehidupan mereka, sebaliknya hanya duit keuntungan pelaburan itu sahaja. Dan para penjaga yang berkemampuan dilarang sama sekali untuk menyentuh wang tersebut untuk kegunaan peribadi.
Inilah bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang sanggup menjaga anak-anak yatim, demi mendapatkan kedudukan yang tinggi seperti yang dijanjikan Nabi s.a.w.
Setelah anak-anak yatim itu mencapai umur baligh, penjaga perlulah menyerahkan semula harta pusaka yang diamanahkan kepada mereka, setelah melepasi ujian kematangan berfikir dan survival skills. Mereka yang boros atau masih tidak pandai mengurus kewangan, akan dipanjangkan lagi tempoh di bawah jagaan.
Namun, alangkah sedihnya jika ketika menerima harta itu semula, anak-anak yatim tersebut tidak mahu mengucapkan sekalipun ucapan terima kasih kepada penjaga mereka, dengan beralasankan bahawa duit-duit yang mereka terima itu bukanlah duit penjaga tersebut, sebaliknya duit
No comments:
Post a Comment