Jun 18, 2011

Jangan suka last minute macam Firaun


Orang zaman sekarang semua benda nak buat last minute. Siapkan kerja last minute. Buat assignment last minute. Study nak exam pun last minute. Siap ada PERSELAM lagi. PERsatuan Study LAst Minute.

Sedangkan Nabi s.a.w. dah pesan, "Apabila engkau berada di waktu petang maka janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi maka jangan tunggu waktu petang. Dan gunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan hidupmu sebelum mati" -HR Bukhari

Tahu tak orang yang suka last minute ni macam siapa?

Firaun.

Di saat-saat terakhir hidup Firaun, dia akhirnya mengaku bahawa "tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil", dan dia adalah "dari orang-orang yang berserah diri". [Surah Yunus ayat 90]

Namun disebabkan taubatnya itu last minute; sebelum ditenggelamkan air laut, maka taubatnya itu tidak diterima Allah.

Islam amat menekankan kepentingan penjagaan masa. Sebab itulah solat perlu dikerjakan pada awal waktu. Waktu solat bukan dibuat bertempoh supaya boleh dilengah-lengahkan, sebaliknya untuk memberi keringanan kepada mereka yang ada perkara yang tak dapat dielakkan.

Ini adalah salah satu bentuk tarbiah Islam supaya umatnya sentiasa berdisiplin dan menepati masa.

Pesanan kepada diri saya dan ahli-ahli PERSELAM sekalian. Memanglah dengan anugerah kapasiti short-term memory anda yang besar itu anda mampu mendapat markah yang tinggi dalam exam.

But exam is not everything. Sometimes it is only an indicator of how much information can you cramp into your brain the night before exam, and how well were you able to vomit the contents into the exam paper the next day.

So, don't get too comfortable. When God wants to destroy the ants, He then gives them wings.

Jom kita ubah sikap. Jangan ikut resmi Firaun.

:)

No comments: