Gold Investment: from dummy, for dummies


-Daripada biarkan wang anda berkepuk-kepuk di dalam akaun bank biasa, yang bukan sahaja menawarkan kadar bonus yang rendah, malah haram pula, alternatif yang lebih baik ialah dengan melaburkannya dalam bentuk emas.

-Ada 2 pilihan, sama ada beli dinar/syiling emas (Kijang Emas), atau buka Gold Investment Account di Maybank atau bank-bank lain.

-Jika anda pilih untuk membeli dinar emas, anda perlulah menyimpan sendiri syiling emas tersebut, dan terdedah kepada risiko hilang atau dicuri. Sekeping syiling pula berharga sekitar RM5,800 kerana ia mengandungi kira-kira 31 gram emas.

-Tetapi kalau duit tak berapa banyak, lebih baik simpan dalam bentuk akaun emas, di mana anda boleh beli serendah 1 gram emas.

-1 gram emas, buat masa ini berharga sekitar RM175/gram. Bermakna, jika anda ada RM1750, anda boleh beli 10 gram emas dan ia akan didebitkan ke dalam buku akaun anda sebagai bukti belian.

-Jika anda ingin mengeluarkan emas tersebut (pada bila-bila masa) dalam bentuk cash, mereka akan tolak (kredit) buku akaun anda ikut gandaan 1 gram, menurut harga beli semasa.

-Pelaburan emas hanya sesuai untuk mereka yang ingin melabur untuk jangka masa panjang, kerana beza antara harga jual dan harga beli agak tinggi (harga beli lebih rendah, of course), kira-kira RM7 per gram. Maksudnya, kalau selalu keluar masuk, rugi lah.

-Untuk mereka yang hendak melabur untuk jangka masa pendek, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pilihan yang lebih baik. Kerana duit pokok dalam ASB tidak akan berubah. Anda hanya akan dapat bonus setiap tahun (selalunya sekitar 8%). Bermakna, jika anda simpan RM10,000 selama setahun, akan dapat bonus RM800, dan boleh keluarkan RM800 itu sahaja tanpa mengusik RM10,000 yang asal.

-Walaupun harga emas selalu turun naik setiap hari, tetapi secara general nya, harga emas tidak pernah turun (kecuali zaman 1980an dahulu). Dan keuntungannya lebih besar.

-Sebagai contoh, jika anda beli 31 gram emas pada 1/8/2009 dengan harga RM3550, pada 1/8/2011 anda boleh jual semula emas tersebut dengan harga setinggi RM4872! Bermakna 37% keuntungan dalam masa 2 tahun berbanding 16% sahaja di ASB.

-Cuba lihat keuntungan untuk tempoh 10 tahun pula. 31 gram emas pada 1/8/2001 berharga RM1100. Maka jika anda menjual emas tersebut pada 1/8/2011 dengan harga RM4872, keuntungannya ialah sebanyak 343% berbanding 80% sahaja di ASB!

-Besides, ASB ni diperselisihi hukumnya. Maklumlah, banyak sangat mufti dalam Malaysia ni. Hukum emas generally disepakati keharusannya. Baca komen Ust. Zaharuddin di SINI.

-Nisab zakat untuk emas simpanan ialah 85 gram. Bermakna, jika anda ada 85 gram atau lebih, yang telah disimpan cukup setahun, anda perlu mengeluarkan 2.5% sebagai zakat, berdasarkan nilai harga semasa (berapa ringgit untuk 1 gram) yang ditetapkan oleh Jabatan Agama negeri masing-masing.

p/s: Kalau dah kaya labur emas nanti, boleh la belanja saya makan ke.. Ok. hehe
edit post
Reactions: 
blog comments powered by Disqus
  • Hot Posts

    .: About me :.

    Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, 23, in my 5th year at the Faculty of Medicine, Al-Azhar University, Cairo.. Will be graduating in 2012 if everything goes as planned.. insyaAllah~ Ultimate goal is to be a great Muslim doctor who can contribute to Islam and society in every way possible..

    .: Education :.

    .: 1993 - 1998 :.
    Sek Keb Bandar UDA 2, Johor Bahru

    .: 1999-2003 :.
    Sek Men Agama Kerajaan Johor Kluang

    .: 2004-2005 :.
    Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu

    .: 2005 :.
    Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya

    .: 2005-Present :.
    Faculty of Medicine, Al-Azhar University

    .: Copyright :.

    Mana-mana artikel di dalam blog ini boleh disebarkan dalam apa jua bentuk tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada penulis untuk tujuan dakwah selagi mana ianya mengekalkan alamat www.effysaiful.blogspot.com untuk tujuan rujukan dan selagi mana ia tidak digunakan untuk tujuan komersial atau terbitan semula... Saya minta doa daripada sesiapa sahaja yang mendapat manfaat daripada blog ini sama ada sedikit ataupun banyak agar saya dan keluarga ditetapkan iman dan digolongkan dalam golongan orang soleh.. wassalam

    Labels

    .: Me :.

    .: Me :.

    Followers