Seorang ketua kampung, setelah mendapat sepucuk surat dari seorang menteri memberi arahan untuk membina sebuah jambatan di kampungnya dalam tempoh masa 7 hari, bersorak gembira sambil berarak bangga seluruh kampung, "Aku dpt surat dari menteri!"
Surat tersebut di'frame'kan serta digantung dengan elok di dinding rumahnya. Pantang ada tetamu yang datang bertandang, akan ditunjuknya surat itu dengan bangganya.
Namun setelah 7 hari berlalu, datanglah si menteri ke kampung yang disangkanya sudah ada jambatan. Malangnya si ketua kampung terlupa dengan arahan tersebut kerana sibuk berbangga dengan surat yang diterimanya itu.
Begitulah ibaratnya umat Islam zaman ini. Bermegah2 kepada umat lain dengan mukjizat Al-Quran yang diturunkan Tuhan, "Inilah kitab teragung." Nuskhah al-Quran dihias dan disampul rapi.. Diletakkannya di tempat yang mulia. Tetapi malangnya ramai yang terlupa akan arahan yang terkandung di dalamnya (T_T)

1 comment:
Salam..
setuju.memang itulah situasi umat zaman nie.masing2 berbangga dengan mukjizat Al-Quran.masing2 mengakui kewujudan kitab ini.tapi berapa ramai yang mengamalkan isi2nya dalam kehidupan seharian.alangkah sedihnya.
Post a Comment