Jun 24, 2010

Mat Saleh Celup


"Janganlah asek update blog dalam Bahasa Inggeris aje.. Nanti orang malas nak baca, sebab bukan semua orang ada kemampuan baca dalam BI," Mama menegur saya semalam di Skype.

"Alaa mama.. Dah lama tak update dalam BM.. Rasa macam janggal pulak," balas saya kepada bekas guru Bahasa Melayu saya itu.

*****

Dalam masa yang sama juga, salah seorang junior saya (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu) memberitahu saya, "Plis abang effy, jgn tulis blog in BM lagi.. buruk sgt. haha u write best in english okeh! tu je nk ckp^^

Kelakar iye, sedih pun iye.. Kerana saya mula berblog dalam Bahasa Melayu.. Siap pernah menerbitkan sebuah buku dalam Bahasa Melayu lagi. Sekarang sedikit demi sedikit kebolehan tersebut sudah mula hilang dicabut Tuhan.

Pernah sekali saya post sebuah poll untuk mengundi bahasa apa yang mereka prefer untuk blog ini.. 50 orang telah mengundi untuk 'both', dan kira-kira 30 mengundi Bahasa Inggeris dan 20 lagi Bahasa Melayu.

Mama cadangkan saya buat entri dwi bahasa.. Ala-ala chedet.com gitu.. Mungkin boleh, kalau saya ada banyak masa lebih.. Tapi biasalah, malas ;p

Namun oleh kerana tidak mahu dilabel sebagai 'mat saleh celup tak sedar diri', saya cubalah juga kali ini untuk tulis dalam dua bahasa. Cuma kalau ayat agak kelakar atau pelik, jangan ketawakan ye. Ini adalah terjemahan kepada post sebelum ini:

*********

Berbeza dengan air yang mengalir, air yang bertakung lama kelamaan akan menjadi keruh dan kotor.

Anak panah juga hanya berbahaya jika ia dipanah dan bergerak laju, bukannya di dalam bekasnya.

Batu yang bergolek juga tidak akan mengumpul lumut.

Tidak dinafikan juga, sebuah kapal akan lebih selamat di pelabuhan berbanding di lautan, tetapi ini bukanlah tujuan sesebuah kapal itu dibina.

Begitulah juga halnya bagi orang-orang Islam. Mereka tidak akan dapat memberi impak maksima kepada masyarakat jika mereka hanya duduk di dalam zon selesa mereka.

Seorang muslim yang baik perlulah keluar daripada lingkungan buih mereka dan mula menyumbang kepada masyarakat dalam apa jua cara; setelah mereka mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing.

Kita sepatutnya berasa malu dengan para mubaligh Kristian yang sanggup meninggalkan kehidupan dunia untuk menyampaikan agama mereka kepada seluruh dunia, sedangkan kita masih lagi sibuk bergaduh tentang jemaah mana yang terbaik (-_-) Baca lebih lanjut di sini.

Jangan takut kepada perubahan yang baik. Jadilah seorang muslim yang aktif dan proaktif. Elakkan diri daripada memilih jalan mudah untuk hidup sebagai orang Islam yang cukup-cukup makan sahaja, atau lebih teruk dari itu. Kita punya tugas yang perlu dipikul. Tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Agama untuk disebarkan. Moga Allah membantu kita. Wallahua'lam.

[How was it.. Not bad, huh? hehe]



No comments: