Aug 31, 2010

Doa Sempena Hari Kemerdekaan

http://www.cpps.org.my/images/articles/merdeka.jpg

Di dalam al-Quran Nabi Ibrahim berdoa untuk negara Makkah pada dua tempat. Pertama dalam surah al-Baqarah 126:

رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka".

Dikatakan ini adalah doa ketika mana Makkah belum lg menjadi tempat yang masyhur. Sebab itulah digunakan kata nama am (balad) tanpa alif lam.

Kali kedua di dalam surah Ibrahim 35:

رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا الْبَلَدَ آمِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ
"Ya Tuhanku, jadikanlah negara ini negara yang aman, dan jauhkanlah aku serta anak-anakku daripada menyembah berhala2."

Dikatakan ini adalah doa setelah Makkah diiktiraf sebagai tempat (negara) rasmi dan masyhur. di kalangan umat Nabi Ibrahim. Sebab itulah digunakan kata nama khas (al-balad) dengan alif lam.

Maka selari dgn kemerdekaan dan pengiktirafan negara kita, setelah diberi nikmat dengan pembangunan, kemajuan dan kemasyhuran, marilah kita berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim setelah tertubuhnya Makkah, iAllah (^_~)

Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal sebagai renungan kita bersama, "Betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?"

اللهم أعزنا بالإسلام, وأعز الإسلام بنا
"Ya Allah, muliakanlah kami dengan Islam, dan muliakanlah Islam dengan (sebab) kami."
*******

Mlm ini dah masuk 10 mlm terakhir. Aishah r.a. meriwayatkan dlm sahih Bukhari, Nabi s.a.w. bersabda, "Carilah lailatul qadr pada 10 mlm terakhir bln Ramadan."

Pakat-pakat pasang pelita / lampu luar rumah untuk menerangi jiran-jiran yang hendak qiam di masjid. Pesan Nabi s.a.w. dari Umar r.a, "Barangsiapa yg menerangi masjid-masjid Allah, maka Allah akan menerangi pula kuburnya kelak.

No comments: