Fungsi masjid hari ini sudah disempitkan oleh muslim2 jumud. Mungkin kerana salah faham tentang hadis yang melarang percakapan tentang urusan dunia yang sebenarnya hanya mencakupi aspek jual beli dan pencarian barang yang hilang sahaja.
Bila sebut sahaja 'majlis ilmu di masjid', di minda hanya tergambar kelas mengaji al-Quran dan ceramah agama semata-mata. Sedangkan masjid pada zaman Nabi bukan sahaja pernah digunakan untuk pelbagai aktiviti keduniaan yang lain, malah untuk membincangkan strategi peperangan!
Tolak tepi isu politik kepartian dan isu politik secara umum dahulu (kerana takut kontoversi), mengapa kuliah antara maghrib dan isyak, atau selepas subuh, tidak boleh diisi dengan 'majlis ilmu' yang lain seperti ceramah kesihatan, ceramah ekonomi, ceramah motivasi dan sebagainya?
Kita tahu, umat Islam pada hari ini amat LEMAH dari segi ekonomi. Umat Islam terus miskin, walaupun sepatutnya dengan kadar kutipan zakat kita sekarang ini, peratusan muslim miskin sepatutnya jatuh kepada 0%!
Apa salahnya jika sekali-sekala kita jemput pakar ekonomi atau pakar pengurusan kewangan keluarga untuk memberi 'kuliah maghrib' mengenai cara terbaik mengatasi masalah kewangan keluarga. Tips mengenai pengurusan hutang, mana satu yang perlu dilangsaikan dahulu, bagaimana mengurangkan kadar hutang. Atau plan insurans mana yang terbaik untuk diambil. Atau aset apa yang terbaik untuk dimiliki. Atau teknik2 pengurusan saham dan sebagainya.
Atau mungkin boleh dipanggil penceramah motivasi, sama ada motivasi kekeluargaan, atau motivasi etika pekerjaan, atau motivasi individu, atau motivasi kecemerlangan pelajar.
Atau dijemput doktor2 pakar untuk memberikan tips penjagaan kesihatan jantung (pembunuh no.1 di Malaysia), diet untuk pesakit kencing manis, penjagaan pesakit buah pinggang, nutrisi dan suppliments, slot fikah perubatan dan sebagainya.
Tetapi mengapa ianya tidak pernah dilaksanakan? Kalau ada pun, kadang-kadang di luar 'prime time', seperti pagi dan petang selepas asar, ketika tidak ramai orang di masjid. Itupun bukan dibuat di dalam dewan solat utama.
Impian saya suatu hari nanti ialah untuk menjadi one of the top transplant surgeons di Malaysia (amiin) dan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk menyampaikan ceramah mengenai kepentingan pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia yang amat kurang kesedarannya tentang isu ini.
Ia masih menjadi 'taboo' apabila dibincangkan di kalangan masyarakat. Mungkin kerana kurangnya maklumat dari sudut teknikalitinya, atau mungkin dari sudut hukum hakam menurut Islam, menyebabkan tidak ramai berminat untuk menderma organ.
Dan untuk tujuan itu saya perlu terlebih dahulu menganjak paradigma rakyat Malaysia tentang fungsi masjid-masjid agar tidak terikat dengan pandangan2 konservatif yang menghadkan tajuk ceramah kepada hal2 agama semata2. Mungkin jika sudah berjaya nanti (doakan saya), boleh juga diubah mentaliti mengenai isu non-muslim memasuki masjid untuk mendengar ceramah organ transplant saya nanti (ops! sensitif) ;p
Maybe it's too big to be implemented, and I'm not saying that it's an easy job. But we will be seeing the results in a couple of decades from now, insya Allah (^_^) Dream big!
No comments:
Post a Comment