Sep 22, 2010

Solat ni leceh?



Tapi biasalah, iklan yang tiada nilai komersil dan tidak menguntungkan, tiada siapa yang sudi taja.

Solat itu mudah, jangan disusah-susahkan.. Jangan diletak syarat yang mengarut2 e.g. mesti bertelekung, berkopiah, berbaju melayu, kain pelikat etc.

Memang benar solat perlu dalam pakaian terbaik, tetapi jika 'diwajibkan' benda2 sunat, bimbang orang akan memberi alasan tidak solat di shopping2 kompleks semata2 kerana 'lupa nak bawak telekung' atau 'kain pelikat'.

Nampak seperti tak logik, tetapi ia benar-benar berlaku di kalangan masyarakat. Pada 1 Syawal yang lalu, ketika masuk waktu solat Jumaat, saya bertanya kepada adik saudara saya berumur kira-kira 11 tahun, "Sembahyang Jumaat tak?"

"Alaa, takde samping laa.."

Lihat implikasi tidak langsung kesan daripada 'programming' masyarakat kepada anak-anak kecil. Sehingga dia rasa seperti tidak sah solat jika tiada samping.

2 minggu lepas juga sepupu lelaki saya mengadu tentang seorang pakcik yang menegurnya kerana memakai T-Shirt ketika solat di surau Jusco. What kinda sick advice is that?? So what, dia prefer orang2 yang pakai T-Shirt di shopping kompleks untuk TIDAK solat langsung? Ugh~

****

Bagi lelaki, dah besar panjang tu, kencinglah duduk, jangan berdiri. Sudah terpercik nanti, bagi alasan tak solat sebab seluar bernajis..

Bagi perempuan pula, pastikan aurat anda ditutup dengan sempurna ketika keluar berjalan. Jika anda masih perlu 'menutup' atau 'menampung' lagi mana-mana bahagian untuk tujuan solat, bermakna belum sempurna la tu.

No comments: