Dec 21, 2010

Bad day

It's 10 in the morning, and today is already a bad day for me =(

As early as 6.30am i had to go out on my motorcycle to my tuition class (and it's winter!). I traveled nearly 10km just to find out that it was canceled! =(

Balik bilik tido kejap. Bangun balik nak gi kelas. Tengok2 tayar motor pancit. Terpaksa gi kedai tayar untuk tampal.

There i found the cause of my problem. A scrap of sharp aluminum and two long nails lodged into my tayar belakang. Costed me LE15 to get it fixed.

Pastu ke kelas. Sampai2 dah terlambat, so prof. kunci pintu, tak kasi masuk sebab lambat. Terpaksa balik bilik semula =(

And you know what's the worst part? The anticipation of what's next!! ;p

But i'm trying to console myself by reminding myself that there are other people who are having far worse day than mine.

Just on my way home tadi pun, nampak ada satu line panjang makcik2 tua beratur. Ada yg dukung anak kecik. Dekat 100 meter jugak. Kesian, sayu hati. I dunno what's there, but i assume it must be something worth queuing for.

I wasn't diagnosed with cancer today. Or had any fatal accident. I'm blessed with family and friends. I don't face any bankruptcy.

Speaking of money, in fact, today i received a good news too (^^)



PNB mengumumkan pengagihan pendapatan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) hari ini. Alhamdulillah, dividen ASB 7.5% dan bonus 1.25% untuk tahun 2010.

Dividen dikira berdasarkan simpanan semasa kita. Contohnya kalau tahun ni cukup setahun simpan RM10,000, maka dividennya ialah RM750.

Bonus pula dikira berdasarkan simpanan kita 10 tahun dahulu. Tak kisahlah sama ada duit tu ada lagi sekarang atau tak. Contohnya kalau tahun 2000 dulu kita ada simpan RM1,000, maka bonusnya ialah 1.25% daripada RM1,000 = RM12.50 (hek eleehh?)

Walaupun sikit, better lah than nothing ;p

Tahun lepas dividen ASB 7.3%. Tahun 2008 dulu lagi banyak, 8%. Patutnye tahun ni diorang kena naikkan banyak lagi, untuk ambil hati rakyat pasal menara 100 tingkat tu, kan? hehe

Apa2 pun jangan lupa bayar zakat simpanan (2.5%) bagi mereka yang dah cukup haul (setahun). Tapi mesti cukup syarat sekurang2nya menyimpan RM9,000. Kalau tak sampai 9k, tak perlu bayar.

Boleh kira zakat simpanan anda di SINI.

Esok saya exam oral Paediatrics. Doakan =)

No comments: