May 16, 2011

Maskahwin murah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjp8_NAZOdG7Z4GtHj9GMGq2LHwTFrrnHFDb4-h_ssYsDV0y98W7cehckp5EESE4ssJ0MHa05LUH7kTkBEuyHaanzXSG9vhEbVG5v0rh8lP6h8r6qaPnngmHeXoMPthd0_vY1Pk5a45lBOk/s1600/maskahwin.jpg

Kita selalu dengar kenyataan bahawa wanita yang paling berkat ialah yang paling murah mas kahwinnya.

Sebenarnya hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. ini menyebut 'yang paling mudah', bukan yang paling 'murah'. Dan 'mudah' ini subjektif sifatnya.

Mungkin bagi anak jutawan, RM50,000 dianggap mudah. Bagi seorang doktor, RM10,000 dianggap mudah. Bagi seorang pelajar universiti, RM 3,000 pun sudah dikira sukar.

Jika mahu berpegang sungguh pada sunnah, empat daripada isteri Nabi s.a.w. dinikahi dengan mas kahwin 400 dirham.

1 dirham sewaktu zaman Nabi boleh beli seekor ayam.

Kita letak harga ayam hari ini RM15 seekor. Dengan mengambil kira kadar inflasi, bermakna maskahwin hari ini RM6,000 adalah average, dan mengikut tauladan Nabi.

Tak lah 'murah' seperti yang kita expect =)

No comments: